PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORD ‘LONGEST FOOTPRINT ON CANVAS

Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada hari ini, 14 November 2025, PKU UKM telah berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records bagi “Koleksi Tapak Kaki di atas Kain Kanvas Terpanjang di Malaysia.” Projek yang mengambil masa 2 bulan ini menjadi simbolik kepada amalan 10,000 langkah sehari yang disarankan kepada seluruh warga UKM sebagai usaha mencegah penyakit diabetis dan penyakit metabolik lain yang semakin meningkat dalam masyarakat kita hari ini. Majlis penyerahan sijil pengiktirafan telah diadakan pada hari ini bertempat di PKU.
Antara pengisian projek adalah mengadakan jelajah saringan kesihatan di beberapa PTj dan fakulti serta memberikan ceramah kesihatan kepada para pelajar di hampir semua kolej kediaman di dalam kampus.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak inisiatif sihat dan inovatif yang menggabungkan elemen kesedaran kesihatan, kebersamaan dan kreativiti dalam kalangan warga UKM. Setiap langkah yang kita ambil hari ini adalah langkah menuju masa depan UKM yang lebih sihat, sejahtera dan gemilang.