PENGISIAN KEROHANIAN@PKU

Sempena ambang Ramadhan Kareem yang bakal tiba tidak lama lagi, satu majlis tazkirah telah diadakan di bilik mesyuarat PKU pada hari Jumaat, 8 Mac 2024. Tazkirah bertajuk Taufan Ramadhan telah disampaikan oleh YBhg. Dr Arif Nazri, pensyarah Fakulti Pengajian Islam.
Staf PKU berpeluang mendengar tazkirah dengan pengisian yang cukup bermanfaat. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang.