PERKHEMAHAN PETI PERTOLONGAN CEMAS (PPC)
Beberapa orang kakitangan PKU telah dijemput sebagai penceramah pada perkhemahan ini yang dianjurkan oleh detachment Bulan Sabit Merah Malaysia di Kolej Ibrahim Yaakub. Program diadakan pada 20-22 Disember 2024 bertempat di Hutan Pendidikan Alam UKM (HPA).
Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar BSMM di kolej kediaman tersebut terhadap kaedah pertolongan cemas asas seterusnya memastikan setiap blok di kolej mempunyai wakil yang terlatih dalam pertolongan cemas.
Program ini melibatkan penceramah PKU iaitu Puan Nur Syamimi dan Encik Mohamad Fitri untuk memberi tunjuk ajar mengenai teknik CPR, praktikal luka dan balutan dan asas pertolongan cemas, serta wakil kadet BSMM UKM bagi slot peralatan dan peti pertolongan cemas. Majlis penutup pula telah dihadiri oleh Dr. Muhamad Saiful Jamial, Pegawai Perubatan PKU merangkal Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia UKM sebagai tetamu jemputan.
Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam telah disertai oleh pelajar kolej seramai 54 orang. Semua peserta perkhemahan diberi Ujian CPR serta Ujian Balutan kepala dan tangan. Kesemua peserta perkhemahan telah lulus kedua-dua ujian ini.