PERKHIDMATAN UNIT FISIOTERAPI DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Fisioterapi telah mula beroperasi bermula bulan Mac 2024. Unit ini menyediakan beberapa jenis rawatan seperti elektromodaliti (ultrasound/shockwave), termoterapi (hot/coldpack) dan pelbagai bentuk senaman mengikut kesesuaian pesakit. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat rawatan fisioterapi ini, anda boleh datang ke Pusat Kesihatan Universiti dan berjumpa dengan doktor di Unit Pesakit Luar terlebih dahulu bagi mendapatkan surat rujukan rawatan.

Sekian, terima kasih.