PERSEDIAAN BANTUAN PERUBATAN SEMPENA KONVOKESYEN UKM KE 53

Pada setiap kali konvokesyen, PKU dan pelajar BSMM akan bertugas di semua sidang bagi memberi perkhidmatan perubatan semasa kes kecemasan.
Pada konvo tahun ini yang akan bermula pada 22 Nov hingga 4 Disember 2025, persediaan bantuan perubatan telah diberikan oleh staf PKU yang diketuai oleh Pegawai Perubatan PKU merangkap AJK BSMM iaitu Dr Mohd Najid, dibantu oleh Nurse Fatehah, IK Mohd Fitri dan MA Megat.
Persediaan dimulai dengan sesi pembelajaran teori melalui online dan sesi praktikal.
Semoga semua petugas dapat menjalankan tugasan dengan baik sepanjang sidang konvokesyen.