Pada tahun 2025 ini, PKU Fit ditambahbaik dengan pengisian program fizikal yang lebih tersusun pada setiap bulan. Objektif lain adalah untuk mengeratkan hubungan sesama staf dan mengamalkan ‘work-life balance’.
Untuk bulan Januari ini, tema program adalah Sukan Rakyat. Semua staf PKU perlu menjalani latihan sukaneka berupa teng-teng, batu seremban, ceper dan bowling kelapa mengikut kumpulan masing-masing. Pertandingan akan diadakan pada minggu ketiga Januari. Hadiah-hadiah menarik menanti kumpulan yang menang.






