PROGRAM GOTONG ROYONG PKU 20 OGOS 2026

PROGRAM GOTONG ROYONG PKU 2026

Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan *Program Gotong Royong PKU 2026* pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di kawasan Pusat Kesihatan Universiti, UKM. Program ini melibatkan penyertaan seramai 63 orang staf PKU.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan keprihatinan warga kerja terhadap kebersihan serta keceriaan persekitaran tempat kerja. Selain mewujudkan suasana kerja yang bersih, selesa, selamat dan kondusif, program ini turut menyokong amalan kelestarian serta budaya kerja berkualiti di PKU.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan kawasan sekitar bangunan, mengutip sampah dan daun kering, membersihkan longkang serta menyusun stor dan peralatan. Aktiviti gotong royong dilaksanakan pada sesi pagi dan petang dengan penglibatan bersama warga kerja PKU.

Pelaksanaan program ini turut memberi ruang kepada warga PKU untuk bekerjasama dalam suasana yang lebih santai dan seterusnya mengeratkan hubungan sesama staf. Pada masa yang sama, aktiviti secara berkumpulan dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan memupuk budaya kerja berpasukan.

Diharapkan Program Gotong Royong PKU 2026 dapat diteruskan sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat, selesa dan kondusif, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga Pusat Kesihatan Universiti.