PROGRAM SUNATHON KOMUNITI BANGI 8 FEBRUARI 2025

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program ini yang merupakan kerjasama PKU dengan HCTM pada 8 Feb 2025 bertempat di PKU.
Program julung kali diadakan oleh PKU dengan penyertaan seramai 50 orang kanak-kanak. Penyunat dan pembantu didatangkan dari HCTM. Perasmian program disempurnakan oleh Dato’ Dr Mohd Zaidi b Md Zain, Ahli Lembaga Pengarah UKM (wakil komuniti).
Pihak Pengurusan PKU ingin mengucapkan kepada Dato’ Dr Mohd Zaidi, Dato’ Dr Azmi B Baharudin (Pengarah HCTM), Prof. Madya Dr Jamari b Sapuan (Timbalan Pengarah HCTM), Prof. Dr Abd Halim Ab Gafor (Timbalan Naib Canselor Akademik, menjalankan fungsi Naib Canselor UKM), Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil (Timbalan Naib Canselor Hal ehwal Pelajar) yang sudi hadir ke program ini, juga kepada seluruh petugas daripada HCTM dan PKU, ibu bapa, penjaga dan kanak-kanak yang memberikan kerjasama dengan sangat baik sepanjang program.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.