PROJEK TANAM SAYUR @PKU

Staf PKU dijangka akan merealisasikan projek ini dalam masa terdekat. Oleh yang demikian, satu taklimat dan hands on telah diadakan bersama kakitangan pertanian, En Farid di Taman Botani Bangi pada 29 Oktober 2025.
? TUJUAN PROJEK TANAM SAYUR @PKU
1. Menyokong Konsep “Wellness & Sustainable Campus” – Menggalakkan gaya hidup sihat dan lestari dalam kalangan warga PKU serta komuniti kampus.
2. Meningkatkan Kesedaran Pemakanan Sihat – Mendidik warga kampus tentang kepentingan pengambilan sayur-sayuran segar. Serta menggalakkan amalan farm-to-table — penghasilan makanan sendiri untuk kegunaan dalaman seperti program kesihatan dan aktiviti staf.
3. Membina Komuniti Hijau dan Kolaboratif – Menggalakkan semangat kerjasama antara staf, pelajar, dan sukarelawan melalui aktiviti gotong-royong dan penjagaan kebun.
4. Menambah Nilai Landskap PKU – Menjadikan kawasan sekitar PKU lebih hijau, segar, dan mesra alam. Mewujudkan persekitaran kerja yang relaks dan mengurangkan stres warga PKU.
Semoga projek ini berjaya direalisasikan dan memberi manfaat kepada warga PKU.