SARINGAN KESIHATAN SEMPENA KIZ X UKMRE HEALTH DAY

Pusat Kesihatan Universiti telah mengadakan pemeriksaan kesihatan sempena KIZ x UKMRE Health Day anjuran Kolej Ibu Zain pada 25 Oktober 2023.
Pemeriksaan kesihatan ini meliputi saringan BMI, pengukuran tekanan darah dan tahap gula darah dan konsultasi bersama Pegawai Perubatan PKU.
Ramai pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan telah menjalani saringan kesihatan ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.