Satu sesi taklimat dan praktikal serta soal jawab bantuan perubatan telah diadakan pada 25 September 2024 oleh Dr Mohd Najid selaku Pegawai Perubatan BSMM/PKU kepada pemudahcara-pemudahcara BSMM, bertempat di bilik mesyuarat PKU.
Pemudahcara BSMM ini akan bertugas di kolej kediaman dan fakulti sepanjang minggu pendaftaran pelajar baharu sesi 2024/2025 yang akan bermula pada 28 September hingga 2 Oktober.









