TAKLIMAT DAN DEMONSTRASI CPR DAN MESIN AED DI PEJABAT NAIB CANSELOR
Pasukan PKU yang diketuai oleh Dr Mohd Najid, jururawat Fatehah dan IK Fitri telah menyampaikan taklimat ini kepada kakitangan Pejabat Naib Canselor pada 20 Mac 2025. Ini susulan bangunan Canselori baru siap dipasang mesin AED yang diletakkan di aras 6. Diharapkan kakitangan sedikit sebanyak mempunyai keyakinan bagaimana melakukan CPR dan menggunakan mesin AED sekiranya diperlukan.