TATACARA BAHARU RAWATAN PESAKIT LUAR BAGI PESAKIT YANG MEMPUNYAI GEJALA COVID-19

1. Pesakit yang mempunyai gejala COVID-19 iaitu samada demam/batuk/selsema/sakit tekak hendaklah menjalani saringan di Kaunter Saringan PKU.

2. Pesakit dikehendaki menjalani ujian Saringan Covid-19 ( saliva ) secara kendiri di rumah ( dalam tempoh 24 jam sahaja) ataupun boleh menjalani ujian saringan (saliva) di makmal PKU sebelum dibenarkan memasuki Bangunan Utama PKU.

3. Semua Kes positif Covid 19 sedia ada ATAU “Ujian Saliva Positif” di makmal PKU akan menerima rawatan di Bilik Saringan Covid sahaja.

4. Kos Ujian Saringan (Saliva) bagi staf adalah di bawah tanggungan staf.

5. Kos Ujian Saringan ( saliva) bagi pelajar adalah percuma.

Semua pihak perlu mematuhi arahan ini sebagai langkah membendung penularan jangkitan.

Terima kasih.

ARAHAN

PENGARAH
PUSAT KESIHATAN UKM
24 JUN 2022