Pusat Kesihatan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN KEPADA KLINIK MINDA SEJAHTERA

KLINIK MINDA SEJAHTERA PKU UKM

Definisi kesihatan secara menyeluruh tidak hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal tetapi merangkumi kesihatan mental.

Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) : ” Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”.

Untuk memahami tentang masalah kesihatan mental, kita perlu memahami konsep kesihatan mental terlebih dahulu.Terdapat perbezaan yang besar diantara kesihatan mental dan penyakit mental.

Seseorang individu yang normal mungkin tidak mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa, tetapi masih lagi berupaya untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai penyakit mental, dimana fungsi seharian akan terjejas.

Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu.

Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di PKU UKM adalah Klinik Minda Sejahtera. Anda boleh mendapatkan bantuan dengan berjumpa dengan Pegawai Perubatan untuk pelbagai situasi baik keadaan kronik atau berlaku secara spontan seperti serangan panik, kegelisahan, kemurungan atau pemikiran ingin bunuh diri di PKU UKM.

Translate »