Pusat Kesihatan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PUSAT JAGAAN AL FIKRAH KAJANG SELANGOR

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI KE PUSAT JAGAAN AL FIKRAH KAJANG

Seramai 35 orang kakitangan Pusat Kesihatan Universiri UKM telah menjalankan program ziarah dan santun di Pusat Jagaan Al Fikrah yang bertempat di Kampung Sungai Sikamat, Kajang, Selangor. Pusat jagaan ini adalah dikhaskan kepada individu yang tidak mempunyai tempat tinggal, warga emas yang tidak mempunyai bantuan asas serta ibu tunggal yang mempunyai anak kecil.

Program ini dijalankan untuk memberikan khidmat perubatan dan pergigian kepada penghuninya. Antara perkhidmatan perubatan yang diberikan adalah :

  • Pemeriksaan tanda vital seperti tekanan darah, gula dalam darah.
  • Nasihat perubatan.
  • Ubat-ubatan asas yang diperlukan oleh penghuni.

Selain daripada perkhidmatan perubatan, perkhidmatan pergigian juga diberikan. Antaranya :

  • Pemeriksaan gigi serta nasihat penjagaan gigi.
  • Cara memberus gigi yang betul.
  • Menyumbang berus gigi dan ubat gigi kepada penghuni.

Program yang dijalankan dari jam 9.00 pagi tamat pada jam 1.00 tengah hari.

 

 

Translate ยป