Pusat Kesihatan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM MOBILITI – OCCUPATIONAL & ENVIRONMENTAL HEALTH DI UNIVERSITAS INDONESIA, JAKARTA

PROGRAM MOBILITI – OCCUPATIONAL & ENVIRONMENTAL HEALTH DI UNIVERSITAS INDONESIA, JAKARTA

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) yang diwakili oleh Pengarah PKU, Dr. Mohd Azman Abas telah menyertai Program Mobiliti Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar di Fakultas Kesihatan Masyarakat, Universitas Indonesia (UI) , Jakarta.

 Program ini disertai oleh peserta dari pelbagai negara seperti, Thailand, Mesir, Brunei, Seychelles, Somalia. Program selama 2 minggu  yang bertemakan Kesihatan Pekerjaan dan Alam sekitar ini memberikan pendedahan kepada peserta megenai Impak Kesihatan Alam Sekitar dan Climate Change kepada invididu dan masyarakat serta aspek penting kesihatan pekerjaan. Sesi perbincangan dijalankan oleh pakar pakar Kesihatan Masyarakat yang merupakan pensyarah di Universitas Indonesia.

Program ini juga melibatkan lawatan industri ke beberapa tempat seperti Hyundai Motors Indonesia (automobile industry), PDIM Depok ( Clean water supply) serta 3R Center (reduce, reuse and recycle) yang berasaskan komuniti di Depok , Jakarta.

Diharapkan program ini dapat terus dilaksanakan secara berkala agar dapat meningkatkan kerjasama dan jaringan dalam bidang Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.

 

 

 

 

 

 

Translate »