Persidangan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak 2025 merupakan platform ilmiah yang menghimpunkan para sarjana, pemimpin dan pembuat dasar bagi membincangkan isu-isu kontemporari umat Islam. Dengan tema “Menyemarak Ilmu: Membangun Dunia Kontemporari”, persidangan ini mengangkat ketokohan Sheikh Othman Sarawak sebagai inspirasi pembinaan masyarakat Islam holistik.
Objektif
Mengetengahkan konsep sains dan Islam serta perubahan semasa kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa;
Mengeratkan jaringan strategik antara sesama ahli akademik, penyelidik dan pihak yang berkepentingan dalam menangani isu semasa berkaitan umat Islam;
Menyediakan platform bagi pengkaji mengetengahkan hasil kajian mereka berkaitan sains dan perkembangan semasa;
Memperkenalkan kewujudan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak sebagai pusat kajian baharu kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa; dan
Menghasilkan resolusi bagi menyelesaikan isu semasa dalam masyarakat Islam di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
Anjuran Bersama
Dengan kerjasama
Kiraan Masa
Penyampai Ucaptama
SAHIBUS SAMAHAH DATU HAJI KIPLI BIN YASSIN
Mufti Sarawak
PROFESSOR DR. JOHN L.ESPOSITO
Pengarah, Georgetown’s Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, Walsh School of Foreign Studies, Georgetown University
PROFESOR EMERITUS DATUK DR. AZIZAN BINTI BAHARUDDIN
Penyandang Kursi Kelestarian UKM-YSD dan Profesor Emeritus Fakulti SainsUniversiti Malaya