Persidangan Antarabangsa Sheikh Othman Sarawak 2025

Pengenalan

Persidangan Antarabangsa Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak 2025 merupakan platform ilmiah yang menghimpunkan para sarjana, pemimpin dan pembuat dasar bagi membincangkan isu-isu kontemporari umat Islam. Dengan tema “Menyemarak Ilmu: Membangun Dunia Kontemporari”, persidangan ini mengangkat ketokohan Sheikh Othman Sarawak sebagai inspirasi pembinaan masyarakat Islam holistik.

Objektif
  • Mengetengahkan konsep sains dan Islam serta perubahan semasa kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa;
  • Mengeratkan jaringan strategik antara sesama ahli akademik, penyelidik dan pihak yang berkepentingan dalam menangani isu semasa berkaitan umat Islam;
  • Menyediakan platform bagi pengkaji mengetengahkan hasil kajian mereka berkaitan sains dan perkembangan semasa;
  • Memperkenalkan kewujudan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak sebagai pusat kajian baharu kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa; dan
  • Menghasilkan resolusi bagi menyelesaikan isu semasa dalam masyarakat Islam di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
Anjuran Bersama
Dengan kerjasama

Kiraan Masa

Penyampai Ucaptama

SAHIBUS SAMAHAH DATU HAJI KIPLI BIN YASSIN

Mufti Sarawak

PROFESSOR DR. JOHN L.ESPOSITO

Pengarah, Georgetown’s Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, Walsh School of Foreign Studies, Georgetown University