Lawatan Penanda Aras dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Pusat Kelestarian Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) di Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan perkongsian amalan terbaik dalam perancangan strategik, pembangunan komuniti, inisiatif kelestarian dan pengurusan berimpak tinggi.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara UNIMAS dan UKM dalam memperkasakan agenda kelestarian universiti.
#UKM#UNIMAS#Kelestarian#Sustainability#JalinanStrategik#UniversitiLestari






