Soal Selidik Kesihatan & Keselamatan Warga UKM 2023

Pusat Strategi UKM menjemput semua staf dan pelajar UKM untuk mengisi soal selidik ringkas ini yang berkaitan tahap kesihatan serta keselamatan Warga: https://shorturl.at/uwELW

Maklumat ini adalah sangat berharga dan akan menyumbang kepada usaha universiti untuk mengukuhkan kualiti hidup dan kebajikan Warga, di samping penilaian prestasi UKM dalam penarafan Healthy University Rating System (HURS).

Untuk makluman anda, soal selidik ini diisi tanpa nama dan tiada maklumat peribadi yang akan diperoleh atau disimpan demi memastikan maklumat yang anda sumbangkan kekal sulit dan identiti anda dilindungi.

Anda hanya perlu meluangkan masa selama 1 minit untuk menjawab 10 soalan dalam soal selidik ini.

Soal selidik ini juga boleh diisi dengan merujuk kepada kod QR dan pautan pada poster yang dilampirkan.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Similar Posts