Majlis Penutup Kejohanan Sukan UKM 2023

Kolej Aminuddin Baki terus bersinar apabila mengekalkan kejuaraan menjadi johan keseluruhan Kejohanan Sukan UKM 2023 yang menutup tirainya semalam.

KAB memperoleh 22 pingat emas, 10 pingat perak dan 14 pingat gangsa manakala Kolej Tun Syed Nasir berada di tempat kedua dengan pungutan 19 pingat emas, 15 perak dan 19 gangsa dan tempat ketiga disandang oleh Kolej Pendeta Za’ba dengan 17 pingat emas, 27 perak dan 16 gangsa.

Majlis penutup yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak turut menyaksikan Kolej Keris Mas dinobatkan sebagai juara Pertandingan Perbarisan mengalahkan Kolej Ibrahim Yaakub yang berada di kedudukan kedua untuk edisi kali ini.

Sebanyak 33 acara dipertandingkan termasuk acara balapan,acara acara padang dan acara baru iaitu acara woodball.

Kejohanan SUKEM kali ini dilaksanakan 2 fasa iaitu fasa pertama bermula 3 hingga 5 November 2023 dan fasa kedua pada 17 hingga 20 November 2023.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil mewakili Naib Canselor turut hadir memeriahkan majlis penutup SUKEM 2023.

Hadir sama ialah barisan pengurusan utama universiti, pegawai-pegawai kanan UKM dan pengetua-pengetua kolej.

Pada tahun ini UKM juga menerima tajaan extra joss yang membekalkan minuman tenaga di sepanjang SUKEM 2023 berlangsung.

Similar Posts