Diploma Eksekutif (Pengurusan Kebersihan Dan Keselamatan Makanan)

Duration

5 years (Max)
2 years (Min)

study mode

Coursework

fees

RM 18,500 (Local)
RM 31,330 (International)

campus

UKM Bangi

Introduction

Program ini dicadangkan dengan hasrat untuk menyokong falsafah pembelajaran sepanjang hayat di mana program ini yang distruktur secara eksekutif akan memberi peluang kepada mereka yang tidak mendapat tempat di arus utama untuk mendapatkan diploma. Tambahan lagi, graduan program ini akan memainkan peranan yang penting dalam aspek Sekuriti Makanan (Food Security) untuk negara Malaysia dengan memastikan kebersihan dan keselamatan makanan negara akan terjamin. Menyokong usaha kerajaan untuk mempertingkatkan peluang dan peluasan peluang kerjaya pekerja daripada sektor industri makanan sebagaimana digariskan di dalam Teras 6; Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).

No.Program Advantages
1.Menyokong usaha kerajaan untuk mempertingkatkan peluang dan peluasan peluang kerjaya pekerja daripada sektor industri makanan sebagaimana digariskan di dalam Teras 6; Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).
2.Permintaan semasa terhadap graduan program oleh industri makanan serta agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MARDI.
3.Menghasilkan graduan untuk memenuhi matlamat Dasar Agro-Makanan Negara (2021-2030)(DAN2.0) iaitu menambahbaik sekuriti dan nutrisi makanan rakyat Malaysia.
4.Menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.
No. Course Learning Outcome
1. HPP1: Berupaya menguasai ilmu pengetahuan pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan yang luas, mendalam dan terkini.
2. HPP2: Berupaya menguasai kemahiran pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan untuk dipraktik di dalam kehidupan.
3. HPP3: Mempunyai kemahiran pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan serta rasa tanggungjawab mengaplikasikannya terhadap masyarakat.
4. HPP4: Mempunyai nilai, sikap dan profesionalisme di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
5. HPP5: Mempunyai kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan kemahiran berkumpulan di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
6. HPP6: Mempunyai kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
7. HPP7: Mampu untuk mengurus maklumat dan menjalankan pembelajaran sepanjang hayat di dalam bidang pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
8. HPP8: Mempunyai kemahiran pengurusan dan keusahawanan bagi menjalankan aktiviti berkenaan pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.

Program Diploma Eksekutif (Pengurusan Kebersihan dan Keselamatan Makanan) akan dibuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

StudentsRequirement
Warganegara Malaysia
    • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada tarikh permohonan.
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya 3 kredit
    • Mempunyai sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun pengalaman bekerja di dalam industri rantaian bekalan makanan (food supply chain) ATAU
    • Mempunyai Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada Malaysian Qualification Agency untuk kemasukan ke diploma(Tahap 4).
 Bukan warganegara Malaysia
    • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada tarikh permohonan
    • Lulus sekurang-kurangnya O-Level dengan gred C dalam 3 subjek atau setara
    • Mempunyai sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun pengalaman bekerja di dalam industri rantaian bekalan makanan (food supply chain) ATAU
    • Mempunyai Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada Malaysian Qualification Agency untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4).
👱Professor Madya Dr Salma Mohamad Yusop
🖃
Program Coordinator,
Faculty Of Science & Technology
📧salma_my@ukm.edu.my
📱+6 03 8921 5989
👱Syahir Hazmi Samsudin
Project Manager, Executive & PBJJ Program, UKMShape
🖃
syahirhazmi@ukm.edu.my
📱