Program Pendidikan Mod Cuti Sekolah

  Dua (2) Program Pendidikan yang ditawarkan di UKMShape

Pengambilan

Mac & September

Tempoh

3 Semester

Kampus

UKM Bangi

Yuran

RM10,200

Pengenalan

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), dahulunya dikenali sebagai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia direka bagi menyediakan graduan bukan pendidikan dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesional keguruan. 

Melalui gabungan kursus teori dan latihan mengajar di sekolah, program ini melahirkan guru yang bersedia menyumbang kepada sistem pendidikan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Penyampaian program turut dirangka secara sistematik bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan berkualiti agar seiring dengan permintaan pasaran.

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM Mod Cuti Sekolah adalah program Fakulti Pendidikan UKM yang ditawarkan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Objektif Program

Menawarkan program DPP tanpa perlu memohon cuti pengajian dengan kos yang berpatutan

Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah.

Melahirkan pendidik yang profesional, berkualiti dan berkompentesnsi dalam pengajaran & pembelajaran.

Kelebihan Program

Yuran Pengajian berpatutan

Dijalankan semasa cuti penggal persekolahan

Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)

Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi

Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Syarat Kemasukan

Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya ATAU

Pemohon yang tidak mencapai PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan, DAN

Lulus temu duga di peringkat Fakulti Pendidikan UKM

Struktur Pengajian

Semester 1

Kategori Kursus Kursus
Asas Pendidikan
GGGA5032 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
GGGB5222 Psikologi Pendidikan
GGGB5613 Kurikulum dan Inovasi dalam Pendidikan
GGGA5022 Pentaksiran Pembelajaran
GGGD5022 Sekolah dan Masyarakat
Persediaan Professional
GGGE5014 Kaedah Mengajar * Fokus kepada kaedah Pengajaran & Perancangan PdP

Semester 2

Kategori Kursus Kursus
Asas Pendidikan
GGGB5023 Kajian Tindakan dalam Pendidikan
Persediaan Professional
GGGE5082 Pengajaran Mikro dan Makro
Elektif (Wajib) 2 dari 3 kursus
GGGB5433 Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan
GGGB5683 Asas Kaunseling dan Pengurusan Bakat
GGGS5133 Pemikiran Keusahawanan dalam Pendidikan

Semester 3

Kategori Kursus Kursus
Latihan Mengajar
GGGE5016 Praktikum *Latihan mengajar boleh dijalankan di sekolah masing-masing/sekolah pilihan sendiri
Tempoh Pengajian DPP
KELAS DILAKSANAKAN PADA CUTI PERSEKOLAHAN (TERTAKLUK TAKWIM KPM)
SEMESTER 1
PERTEMUAN 1 ➜ DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
PERTEMUAN 2 ➜ DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
SEMESTER 2
PERTEMUAN 1 ➜ BERSEMUKA / DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
PERTEMUAN 2 ➜ DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
SEMESTER 3
PRAKTIKUM ➜ 12 MINGGU

Nota

Jangka masa pengajian adalah 1 tahun 6 bulan (18 bulan)

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan DPP

Berikut adalah contoh jadual yang menyenaraikan dokumen yang mungkin diperlukan untuk permohonan DPP UKM. Sila rujuk laman web rasmi UKM untuk senarai yang tepat dan terkini.

1.

Salinan Ijazah Sarjana Muda

Salinan yang disahkan benar

2.

Transkrip Akademik

Salinan yang disahkan benar

3.

Kad Pengenalan

Salinan yang jelas dan mudah dibaca

4.

Gambar Berukuran Passport

Gambar terkini berlatar belakang putih

5.

Dokumen Sokongan Lain (Jika Ada)

Contohnya: Sijil penyertaan aktiviti kokurikulum atau surat pengesahan pengalaman

Proses Permohonan DPP
Daftar kelayakan MQA program DPP UKM
Soalan Lazim (FAQ)
Hubungi

Pengambilan

Mac

Tempoh

3 Semester

Kampus

UKM Bangi

Yuran

RM17,000

Pengenalan

Program Sarjana Pendidikan UKM (Mod Cuti Sekolah) adalah program Fakulti Pendidikan UKM yang ditawarkan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE).

Program ini direka bagi menyediakan graduan dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesional keguruan. Penyampaian program turut dirangka secara sistematik bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan berkualiti agar seiring dengan permintaan pasaran.

Objektif Program

Meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi pasca ijazah pertama kepada para pendidik dan pegawai pendidikan dengan kos yang berpatutan

Menawarkan program sarjana pendidikan kepada para pendidik dan pegawai pendidikan tanpa perlu memohon cuti pengajian

Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam bidang pendidikan

Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah

Program yang Ditawarkan (Sarjana Pendidikan)
Struktur

Kerja Kursus & Projek Penyelidikan

Kerja Kursus

    • 5 Kursus Teras Fakulti (13 unit)
    • 5 Kursus Pengkhususan (15 unit)
    • 2 Kursus Pilihan (6 unit)

Projek Penyelidikan

    • Kertas Projek I (3 Unit)
    • Kertas Projek II (3 Unit)
Struktur

Senarai Kursus Pengkhususan boleh dirujuk dalam BUKU PANDUAN SISWAZAH:

Kursus pilihan adalah ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan (FPEND) UKM mengikut kumpulan dan ambilan masing-masing.

Hubungi