¹Fakulti Pengajian Sains Citra, FPSC, UKM
²Institut Alam dan Tamandun Melayu, ATMA, UKM
Keyword: Warisan, Kelestarian & Transformasi Digital
Istilah transformasi digital bukan lagi sesuatu yang baru dalam kehidupan masa kini yang serba pantas. Umum sering didedahkan dengan penggunaan teknologi moden ini seperti Internet of Things (IoT), realiti maya, VR (Virtual Reality) & realiti terimbuh, AR (Augmented Reality), kecerdasan buatan (AI), dan pangkalan data besar (Big Data). Teknologi ini diguna pakai untuk menggantikan sistem konservatif organisasi, komuniti dan individu dalam berinteraksi dengan dunia. Walau bagaimanapun, pernahkan kita terfikir bahawa transformasi digital mampu menjadi pemangkin kepada pemeliharaan warisan budaya dan alam sekitar?
Bayangkan sebuah kampung tradisional dengan rumah kayu berusia ratusan tahun, atau manuskrip lama yang penuh sejarah. Tanpa tindakan segera, semua ini berisiko hilang ditelan masa. Teknologi digital membolehkan warisan ini “hidup” semula dalam bentuk maya. Teknologi VR dan AR membolehkan orang ramai meneroka kampung tersebut tanpa perlu meninggalkan rumah atau berada di kampung tersebut secara fizikal. 3D scanning dan modelling pula membantu mendokumentasikan struktur bangunan bersejarah dengan tepat yang seterusnya memudahkan kerja-kerja pemuliharaan dijalankan. Malah, pangkalan data digital pula membolehkan arkib manusia dan seni tradisional diakses oleh generasi muda tanpa menghadapi risiko kerosakan fizikal.

Penggunaan AR & VR mampu memberikan pengalaman penghayatan terhadap sesuatu perkara tanpa perlu berhubung secara fizikal dengan sesuatu subjek.
Teknologi 3D scanning dan modelling yang digunakan dalam projek konservasi warisan senibina Rumah Bujang Berserambi Selasar yang merupakan sebuah rumah Melayu Tradisional Terengganu.
https://www.discoveryterengganu.com/rumah-tradisional-terengganu/
Selain warisan budaya, transformasi digital juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Sumber alam mampu diuruskan dengan lebih berkesan melalui penyusunan data bersistematik dan teknologi pintar. Dalam industri pertanian, sensor pintar digunakan untuk memantau penggunaan air dan baja yang seterusnya menyumbang kepada pertanian lestari. Pemantauan alam sekitar pula boleh dilakukan menggunakan dron dan satelit untuk mengesan sebarang pencemaran, aktiviti penerokaan hutan dan mengenal pasti populasi hidupan liar. Manakala jika di rumah pula, aplikasi pintar untuk pengurusan tenaga membantu mengurangkan penggunaan elektrik sekaligus mengurangkan kos dan jejak karbon.
Teknologi pertanian pintar (smart farming) dalam industri pertanian.
https://www.intelligentliving.co/wp-content/uploads/2020/04/smart-farming.jpg
Generasi muda hari ini cenderung hidup dalam dunia digital. Melalui transformasi digital, warisan budaya dan amalan lestari boleh didekati melalui medium yang mereka gemari. Contohnya, permainan interaktif tentang sejarah tempatan boleh direka bentuk untuk penerokaan muzium dan tapak warisan. Tambahan daripada itu, platform media sosial juga boleh dimanfaatkan untuk memaparkan seni tradisional, makanan tempatan dan amalan mesra alam. Hasilnya, digitalisasi bukan sahaja memelihara warisan, malah menjadikannya relevan dan menarik untuk generasi baru.
Walau bagaimanapun, setiap teknologi mempunyai cabarannya yang tersendiri. Antara cabaran dalam aplikasi transformasi digital adalah kos teknologi, keperluan latihan, dan risiko kehilangan sentuhan asli budaya fizikal. Namun, dengan strategi yang tepat, kombinasi manusia dan teknologi dapat memastikan warisan dan kelestarian bukan sahaja bertahan, malah turut berkembang.
Kesimpulannya, transformasi digital bukan sekadar suatu trend malah merupakan teknologi penting untuk menyokong usaha pemeliharaan warisan budaya dan kelestarian alam. Melalui pendekatan kreatif dan inovatif, elemen sejarah, seni, dan alam sekitar bukan hanya diingati, tetapi terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
Rujukan
Ezz, M. S., M. Soliman, A., Aldelgawy, M., Salem, D. A. H., & Khalil, R. (2025). Utilizing 3D GIS for the sustainable management of UNESCO World Heritage Sites in Saudi Arabia. Frontiers in Built Environment, 11. https://doi.org/10.3389/fbuil.2025.1550124
Perra, C., Grigoriou, E., Liotta, A., Song, W., & Usai, C. (2019). Augmented reality for cultural heritage education. IEEE 9th International Conference on Consumer Electronics (ICCE-Berlin). https://doi.org/10.1109/ICCE-Berlin47944.2019.8966211
Buragohain, D., Meng, Y., Li, Q., & Chaudhary, S. (2024). Digitalizing cultural heritage through metaverse applications: challenges, opportunities, and strategies. Heritage Science, 12:295, 1-16. https://doi.org/10.1186/s40494-024-01403-1
Times of India. (2025, May 23). UP’s cultural legacy set to come alive in digital museum. Times of India. https://timesofindia.indiatimes.com/city/lucknow/ups-cultural-legacy-set-to-come-alive-in-digital-museum/articleshow/121346997.cms
Goel, A., Masurkar, S., & R. Pathade, G. (2024). An Overview of Digital Transformation and Environmental Sustainability: Threats, Opportunities, and Solutions. Sustainability, 16(24), 11079. https://doi.org/10.3390/su162411079
Zhang, J., Wan Yahaya, W. A., & Sanmugam, M. (2024). The Impact of Immersive Technologies on Cutural Heritage: Bibliometric Study of VR, AR and MR Applications. Sustainability, 16(15), 6446. https://doi.org/10.3390/su16156446
Sandriester, J., Harfst, J., Kern, C., & Zuanni, C. (2025). Digital Transformation in the Cultural Heritage Sector and Its Impacts on Sustainable Regional Development in Peripheral Regions. Sustainability, 17(15), 6661. https://doi.org/10.3390/su17156661
Anwar, M.S., Yang, J., Frnda, J., Choi, A., Baghaei, N., & Ali, M. (2025). Metaverse and XR for cultural heritage education: applications, standards, architecture, and technological insights for enhanced immersive experience. Virtual Reality 29, 51. https://doi.org/10.1007/s10055-025-01126-z

