Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
* Penulis Koresponden : sukri.maarof@ipgm.edu.my
Kata Kunci: Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Object Oriented Programming (OOP), Kecerdasan Buatan (AI), Pendidikan Digital, Pemikiran Komputasional.
Pernahkah anda terfikir bagaimana aplikasi pintar atau sistem Artificial Intelligence (AI) yang kita guna setiap hari dibangunkan? Di sebalik kehebatan teknologi AI yang semakin canggih ini, terdapat satu asas pengaturcaraan yang sangat penting tetapi kerap menjadi igauan bagi ramai individu, iaitu Pengaturcaraan Berorientasikan Objek atau Object-Oriented Programming (OOP). Persoalannya, sejauh manakah barisan pendidik seperti pensyarah, guru, dan guru pelatih sedia memahami dan menguasai konsep ini untuk membimbing generasi akan datang?

Rajah 1: Contoh imej paparan perisian pengaturcaraan kod berorientasikan objek
Realiti Semasa: Pengetahuan dan Kefahaman Masih di Tahap Sederhana
Berdasarkan kajian yang melibatkan responden terdiri daripada pensyarah, guru dan guru pelatih di IPG, dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap OOP berada pada aras sederhana rendah. Dapatan ini menunjukkan bahawa sebilangan besar warga pendidik masih belum menguasai konsep abstrak dan penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan. Ramai yang terbiasa menjadi “pengguna tegar” teknologi berbanding menjadi “pembangun” atau pencipta perisian itu sendiri. pensyarah, guru dan guru pelatih mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam penggunaan Internet tetapi kurang berpengetahuan dan kefahaman dalam pembangunan kecergasan buatan (AI). Kita percaya bahawa satu masa nanti pembangunan AI seperti pyton, java scrip atau C++ akan menjadi satu kelangsungan dalam erti kata pelaksanaan kehidupan.

Rajah 2: Contoh senarai perisian pengaturcaraan kod berorientasikan objek OOP
Mengapa Pengaturcaraan Terasa Begitu Sukar?
Dalam menghadapi dunia digital, pelbagai rintangan dan cabaran terhadap pelaksanaan dan pembangun kecerdasan buatan (AI) amat besar sekali. Penghayatan penggunaan AI menjadi semakin sukar apabila kepentingan ekonomi menjadi cagarannya. Kekuatan dan semangat tambahan untuk merealisasikan hasrat dan kerjasama yang bersepadu perlu ada di antara banyak pihak dalam kementerian. Namun begitu, pensyarah, guru dan guru pelatih selalu sahaja dilabelkan sebagai ketinggalan dalam penguasaan arus digital. Pada dasarnya perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor kekangan masa yang terhad di dalam teknologi terkini dan menghalang penggunaan berbantukan digital dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, kadang-kadang seseorang pensyarah, guru dan guru pelatih memerlukan masa yang khusus di luar waktu mengajar bagi membuat persediaan terhadap alat yang melibatkan pengunaan digital yang kadang kala agak sukar dan mengambil sedikit waktu sesi pembelajaran.

Rajah 3: Kesukaran pensyarah menguasai pengetahuan OOP
Kajian mendapati beberapa punca utama yang menyebabkan kekangan ini berlaku. Antara faktor penyumbang utama yang dikenal pasti termasuklah:
- Kekurangan Kemahiran Analisis Masalah: Pengaturcaraan bukan sekadar menghafal kod, tetapi memerlukan daya pemikiran logik, kreativiti, dan kebolehan mentaakul aras tinggi.
- Masa Amali yang Terhad: Sesi praktikal di dalam kelas kerap tidak mencukupi untuk pelajar atau pensyarah berlatih secara mendalam.
- Sikap Pasif ‘Pengguna Tegar’: Kebanyakan individu hanya terbiasa menggunakan sistem sedia ada tanpa mengambil tahu struktur “di sebalik tabir”.
AI Generatif: Kawan atau Lawan?
Majoriti pendidik mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa AI boleh menjadi rakan pembantu (kawan) dalam proses pembelajaran kod dan membangunkan aplikasi bukannya ancaman (lawan) atau jalan pintas sekiranya dimanfaatkan dengan betul. Ia berfungsi sebagai tutor peribadi dan rakan pembangunan teknikal yang membolehkan pensyarah serta guru memahami dan membina aplikasi AI mereka sendiri dengan mudah, walaupun tanpa latar belakang bidang pengaturcaraan yang mendalam. Kedua-dua enjin ini mempermudahkan konsep kompleks seperti model bahasa dan API melalui penjelasan berperingkat yang mudah difahami. Pendidik boleh menggunakannya untuk menjana skrip kod asas, mengurus integrasi API, dan menyusun kod mengikut prinsip berorientasikan objek supaya aplikasi yang dibina lebih tersusun dan mudah diselenggara.
Selain itu, AI ini turut membimbing pendidik membina antara muka pengguna yang mesra visual menggunakan kerangka kerja ringkas seperti Streamlit atau Gradio. Apabila timbul ralat teknikal semasa penyepaduan sistem, ChatGPT dan Gemini bertindak sebagai rakan penyelesai masalah yang menganalisis punca ralat dan memberikan penyelesaian serta-merta. Pendekatan interaktif ini memberi keupayaan kepada pensyarah dan guru untuk membina pelbagai alatan PdP berasaskan AI seperti penjana kuiz automatik, sistem pengurusan pembelajaran (LMS) atau bot perbualan (Chat Bot).
Penutup
Dari masa ke masa, kerajaan perlu cakna dan mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna AI dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pendapat yang kita beri, penggunaan AI dalam pembelajaran semestinya akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku pensyarah/guru dan pelajar tersebut. Namun begitu, satu pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini. Untuk merealisasikan Pelan Halatuju Kecerdasan Buatan Negara 2021–2025, anjakan paradigma perlulah dilakukan dari peringkat akar umbi. Pendidik tidak boleh lagi kekal sebagai pengguna sahaja, tetapi perlu dilatih menjadi pembangun perisian yang kreatif. Usaha ini amat memberikan implikasi yang sangat positif dalam dunia pendidikan abad ke-21 ini. Dengan ledakan kecerdasan buatan (AI) paradigma kepada kebiasaan perlu di ubah kepada pembangunan digital untuk mengatasi masalah kepada tugasan dan kerjaya pendidik.
Beberapa cadangan penambahbaikan yang disyorkan merangkumi:
- Latihan Berterusan & Komprehensif: KPM dan IPG perlu menyediakan latihan pengaturcaraan (seperti bahasa Python dan Anaconda) yang berfokus kepada pembangunan AI.
- Infrastruktur & Makmal Komputer: Kemudahan prasarana dan masa latihan amali perlu dipertingkatkan agar pendidik dan pelajar mendapat pendedahan praktikal yang mencukupi.
- Pendedahan Pemikiran Komputasional: Menekankan latihan penyelesaian masalah secara kreatif dan kritis sebelum menulis sebarang baris kod.
Dengan adanya sokongan yang padu dan pendekatan pengajaran yang interaktif, cabaran menguasai OOP pasti dapat diatasi. Hasilnya, warga pendidik, pensyarah, guru dan guru pelatih dapat memimpin generasi baharu yang bukan sahaja celik IT, malah mampu memajukan landskap AI negara.