web analytics

Menggunakan PyCharm

Tutorial ini menggunakan PyCharm untuk mengaturcara. Jika anda belum memasang PyCharm, anda boleh muat turun dari laman ini.

Apabila anda berjaya memasang Python dan PyCharm Community Edition, anda boleh larikan PyCharm dan anda akan perolehi antaramuka seperti di bawah. Sekarang, anda klik pada ‘Create New Project’ dan namakan projek anda ini Salam.

pycharmInterface1 pycharmInterfaceSetelah anda berjaya mencipta Projek bernama Salam, anda akan lihat nama Projek Salam muncul dalam senarai Projek.  Antaramuka di atas ini, anda lihat ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dari sebelah kiri atas ada Senarai Projek, di sebelahnya tempat anda mengekod dan di bawah adalah Python Console.

Untuk menggunakan pyCharm untuk mempelajari Python, ada tiga alat: 1) Menggunakan fail Python; 2) Menggunakan Python Console dan 3) Menggunakan Terminal

Kita gunakan fail Python jika kita ingin membangunkan suatu program lengkap yang boleh dipindahkan atau disalin dengan mudah. Kita gunakan Python Console yang disediakan dalam PyCharm jika kita ingin menguji suatu kod dan mendapatkan hasilnya dengan pantas.

Sebagai contoh, lihat imej di bawah. Saya telah mencipta fail bernama Salam.py dalam projek Salam. Cara mencipta fail mudah. Pada senarai projek, anda hanya perlu klik kanan pada tetikus anda dan pilih jenis fail Python. Beri nama yang sesuai dan kemudian fail tersebut akan disediakan oleh PyCharm. Anda boleh mengaturcara.

Setelah anda selesai mengaturcara seperti di bawah, anda hanya perlu tekan butang PLAY berwarna hijau di sudut atas kanan antara muka dan PyCharm akan mengeluarkan output aturcara anda. Cuba anda perhatikan fail Salam saya. Untuk mengeluarkan output berupa teks ‘salam’, aturcara nya hanyalah print ‘salam’

Salam

Kaedah kedua dalam mempelajari Python adalah dengan menggunakan Python Console. Sila anda lihat imej di atas, pada sudut kiri di bawah ada perkataan 4: Run  6: TODO, Python Console dan Terminal.

Cuba and klik pada Python Console. Anda akan lihat tetingkap Python Console akan muncul. Pada simbol >>>  cuba anda taip print ‘salam’ dan tekan enter.

Anda akan dapat output yang sama seperti menggunakan faile Salam.py di atas.

salamConsole

Kaedah ke tiga adalah menggunakan Terminal. Klik pada Terminal di bawah. Apabila muncul suatu antaramuka seperti di bawah, taip python. Jika python telah dipasang dengan betul, sistem akan memaparkan versi python yang digunakan seperti yang dipaparkan di bawah. Kemudian anda nampak >>> ? Anda boleh gunakan untuk menguji kod dengan menaip aturcara dlm bahasa python seperti

>>> print 'assalamualaikum bro..'

terminalCube try test…