web analytics

Perihal Mengaturcara..

Menu Utama Python

Komputer adalah sejenis mesin elektronik yang tidak mampu berbuat apa-apa tanpa aturcara atau yang lebih popular sekarang dengan istilah app atau aplikasi atau perisian atau program atau kod. Apa jua istilah yang anda gunakan, perisian atau aplkasi dibina berasaskan kepada algoritma tertentu:

Algoritma adalah set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah. 
Istilah ini lebih popular merujuk kepada algoritma komputer.

Komputer tidak dapat berfikir sendiri untuk menyelesaikan masalah. Contoh masalah ialah masalah untuk berkomunikasi dengan ramai kawan serentak dan kawan kawan sentiasa mengetahui status sosial anda. Maka pengaturcara membangunkan Facebook, Whatsapp, Messenger dan sebagainya yang membolehkan masalah komunikasi tersebut di atasi.

Jadi, mengaturcara adalah mengenai memberi arahan kepada komputer apa yang perlu komputer perlu lakukan untuk anda, satu demi satu.

Komputer akan membaca arahan anda satu baris demi satu baris dan melaksanakannya. Jika anda menggunakan Python dan menulis kod >>> print ‘Aku hensem’ maka komputer akan memaparkan output    Aku hensem    walau pun komputer tak bersetuju sangat dengan pernyataan anda tadi.

Jadi, untuk mengaturcara anda kena pelajari dua perkara penting iaitu 1) Sintaks bahasa (lebih kurang tatabahasa) dan 2) kaedah penyelesaian masalah berkomputer.

Menu Utama Python