Pengenalan
PENGENALAN


PROSES GEMPA
Sesar dan pergerakan
Gelombang seismos dan gerakan bawah tanah

PERBANDINGAN GEMPA BUMI
Skala Magnitud Richter
Skala Intensiti Mercalli
 

KESAN GEMPA
gegaran, rekahan dan anjakan tanah
pencairan tanah

tanah runtuh
kebakaran

tsunami
perubahan rupa bentuk rantau

RISIKO GEMPA
jangka panjang
jangka pendek

KAJIAN KES

RUMUSAN

RUJUKAN

BIOGRAFI




Di  Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan volkanisme. Kita tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi atau gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk memahami bumi dan alam sekitar kita.Gempa bumi  berkait rapat dengan pergerakan tektonik keping dan volkanisme yang melibatkan zon subduksi dan pemuaian dasar lautan. Bumi adalah sistem yang dinamik yang sentiasa bergerak. Tetapi, pergerakannya tidak kita rasai. Hanya kesan daripada pergerakan bahan bawah mantel ini khususnya kita rasai. Pergeseran diantara kerak bumi yang kita berpijak dan bahan astenosfera yang bergerak menghasilkan fenomena-fenomena tabii seperti gempa bumi, volkanisme,pergerakan angin troposfera dan lain-lain.

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi.Gegaran yang kita rasai terhasil apabila daya tegasan yang terhasil akibat daripada dua kepingan yang mengalami canggaan elastik tidak dapat ditahan oleh daya geseran yang menahan yang di panggil kekuatan peretakan batuan.Akhirnya daya tegasan ini akan dilepaskan dan menghasilkan sesaran bersama-sama gegaran. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa atau hipocenter/hipopusat. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah ( mantel) di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Atau dengan kata lain, titik di mana sesar mula-mula sekali di kesan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi pula dikenali sebagai 'epicenter'. Namun begitu, bencana gempa ini tidak semestinya berlaku di kawasan epicenter kerana kesannya boleh beratus-ratus kilometer dari kawasan epicenter ini.

Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plat tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik ("Pacific Ring of Fire"). Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plat tektonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.