Risiko Gempa
PENGENALAN


PROSES GEMPA
Sesar dan pergerakan
Gelombang seismos dan gerakan bawah tanah
 

PERBANDINGAN GEMPA BUMI
Skala Magnitud Richter
Skala Intensiti Mercalli

KESAN GEMPA
gegaran, rekahan dan anjakan tanah
pencairan tanah

tanah runtuh
kebakaran

tsunami
perubahan rupa bentuk rantau

RISIKO GEMPA
jangka panjang
jangka pendek

KAJIAN KES

RUMUSAN

RUJUKAN

BIOGRAFI



 

Kemusnahan yang tinggi dan jumlah kematian tinggi yang berkaitan dengan kejadian gempa adalah sebahagian dari kenyataan bahawa kejadian gempa berlaku tanpa amaran. Banyak kajian yang mengkhusus kepada masalah meramal dan menjangka kejadian gempa bumi. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menggunakan kaedah prosibiliti untuk mengetahui risiko yang berkaitan dengan sesuatu tempat. Pengkaji telah mengelaskan kaedah ramalan gempa kepada dua iaitu ramalan jangka panjang dan ramalan jangka pendek:-

 Ramalan jangka panjang

Boleh dikatakan bahawa sesuatu gempa bumi dengan magnitud atau intensiti yang tinggi adalah berkemungkinan untuk berlaku di sesuatu tempat yang pernah mengalaminya atau segmen sesar di dalam kawasan tersebut dalam lingkungan beberapa tahun. Ramalan ini dapat membantu perancang yang mengambil berat kepada ukuran keselamatan seismic atau kepada golongan manusia yang perlu menentukan kedudukan kediaman mereka.

 Ramalan jangka pendek

Spesifik kepada masa dan tempat sesuatu gempa adalah lebid berguna. Ramalan ini adalah bergantung kepada precursory phenomena.

Meliputi kawasan yang memerlukan perhatian dan pengawasan yang leni. Bergantung kepada tempoh masa yag terhad di mana sesuatu tempat boleh berlaku. Negara Jepun telah membuat ramalan pertama dengan jayanya dengan menggunakan frekuensi gempa mikro, penurutan kajian aras geodetic, tiltmeter dan pengawasan geomagnetic. Adalah didapati bahawa kejadian gempa yang di kaji biasanya diikuti oleh gempabumi kecil yang berlaku beberapa bulan sebelum kejadian gempa besar.

Walaubagaimanapun, ramalan gempa adalah sesuatu yang kompleks. Ia kan mengamvil masa beberapa tahuan sebelum sesuatu kejadian gempa dalam ramalan jangka masa pendek dapat dibuat. Ramalan adalah berdasarkan kepada beberapa factor seperti deformasi permukaan, rumpang seismic yang diikuti oleh sesar, corak dan frekuensi gempa serta tabiat ganjil haiwan.

MENGANGGAR RISIKO SEISMIK

Risiko seismik yang berkaitan di sesuatu tempat boleh ditunjukkan dalam peta kemusnahan seismik yang telah disediakan oleh para saintis di Amerika Syarikat. Ada diantara peta ini yang menunjukkan kemusnahan relatif iaitu gempa bumi dengan magnitud tertentu yang telah berlaku. Walaubagaimanapun, kaedah yang lebih sesuai adalah adalah dengan mengira kadar kemungkinan sesuatu kawasa untuk berlaku kemusnaan atau gegaran. Sebuah peta kemusnahan gempa adalah berdasarkan kepadaseismik sejarah, frekuensi gempa dengan pelbagai magnitud dan kadar gelinciran sesar. Kemusnahan sebenar sesuatu kawasan tertentu boleh pelbagai berdasarkan kepada keputusan aplikasi. Salah satu cara untuk menafsirkan peta ini adalah dengan melihat kawasan yang mempunyai tanda merah yang banyak dan tebal sebagai kawasan berpotensi gempa yang tinggi. Ini kerana kawasan ini berisiko untuk berlakunya gegaran.