Pejabat Naib Canselor

 

Naib Canselor

Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
PPSM, SSNS, PJN, JSM, DMSM, BSc. Bus. Adm. (Finance)., MBA. (Finance) (University of Nebraska).,
MPA. (Harvard)., Ph.D (University of Nebraska)


Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali adalah Naib Canselor ke-10, Universiti Kebangsaan Malaysia mulai 1 Januari 2014. Sebelum di lantik sebagai Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan adalah Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik & Antarabangsa), UKM. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan merupakan Commonwealth Fellow of Financial Economics & Banking, Association of Commonwealth Universities (ACU) dan Mason Fellow, Kennedy School of Government, Harvard University.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan telah memulakan kerjayanya di UKM sebagai Pensyarah di Fakulti Perniagaan. Beliau juga pernah dilantik sebagai Dekan di UKM-Graduate School of Business, Dekan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan serta Pengerusi Pusat Siswazah Pengurusan Perniagaan, UKM.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri untuk mengangotai beberapa Jawatankuasa seperti Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE), Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (NDPC), Jawatankusa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dan Ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara. Pada 2006-2009 beliau juga telah dipinjamkan di Jabatan Perdana Menteri dan menyandang beberapa jawatan utama termasuk sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas mengenai Globalisasi untuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Pengarah Makroekonomi dan Pelaburan, Direktorat Pelaksana Kebangsaan (NID) dan Pengarah Institut Pembangunan Malaysia (MDI) di Unit Perancang Ekonomi.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan telah mengambil peranan kepimpinan dan terlibat secara aktif dalam inisiatif strategik di peringkat kebangsaan. Antaranya adalah Strategi Lautan Biru dalam Halatuju Strategik Mikro, New Sources of growth Initiative of the Economic Council serta pembangunan rangka kerja berdasarkan hasil untuk Rancangan Malaysia ke-10.

Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi daripada University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat dan Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) daripada University Harvard


E-mel: ncukm@ukm.edu.my