SEJENAK MINDA NAIB CANSELOR

SEJENAK MINDA NAIB CANSELOR SIRI 1/2021 - TERAS JIWA UKM

Semua Warga

Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

YBhg. Prof. Datuk Ulung/Prof./Dato’/Dato Seri/Datin/Tuan/Puan,

 

INTISARI SEJENAK MINDA NAIB CANSELOR 

 

1.    Pengenalan

 

Segala puji bagi Allah SWT. Dengan segala rahmat dan inayah dapat kita bersama kali ini dalam SEJENAK MINDA Naib Canselor yang pertama. Saya mengambil inisiatif ini untuk Melakari warna-warni UKM, melalui SEJENAK MINDA secara bulanan untuk mendekati warga UKM secara holistik melalui seluruh saluran yang ada, media dan penulisan. Biarlah perkongsian ini dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga. Sebagai Naib Canselor universiti watan ini, saya melihat perkembangan dan pencapaiannya sudah terlalu banyak untuk kita banggakan. Dari sudut penyelidikan, pendidikan dan juga pencapaian pelajar, tiada satu pun tertinggal. Universiti watan kita sangat berdaya saing, walau dalam keadaan pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia secara amnya dan Malaysia secara khususnya, kita tetap terus bergerak dalam suasana yang positif. Keadaan pandemik COVID-19, ini telah memaksa kita untuk bergerak pantas dalam dunia digital. Samada dalam pengajaran dan pembelajaran begitu juga dalam mengadakan sebarang perkongsian ilmu. UKM dapat melihat kemeriahan penganjuran acara yang berlangsung hampir setiap hari.

 

2.    TERAS

 

Justeru dalam SEJENAK MINDA Naib Canselor UKM yang pertama kali ini, TERAS merupakan kekuatan JIWA UKM yang ingin saya ketengahkan. Saya mahukan semangat TERAS dapat diserap oleh semua warga UKM yang meliputi TALENT, ETHICS , REVITALISE, AGILE and SOUL secara holistik.

 

Dalam konteks TERAS, saya ingin mengimbau beberapa kejayaan yang UKM kecapi dalam kalangan ahli akademik, pelajar, dan kakitangan P&P juga acara pemindahan ilmu yang kita langsungkan.

 

i)      APEC Webinar dengan ‘Industry-Academia-Government (IAG) Collaboration on Alternative Re-Employment Project for Aging Population: An Innovative Employment Management Model (IEMM)’ anjuran Fakulti Pendidikan yang melibatkan 21 ekonomi di bawah APEC

 

ii)     Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UKM Dan Female Entrepreneur Worldwide di bawah Pusat Kepimpinan Wanita yang telah turut di hadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

 

iii)   Kejayaan Pakar Neurologis Muda UKM Dr Wan Asyraf Wan Zaidi,  Menjadi Rakyat Malaysia Pertama Terpilih Sertai WSO FLP – merupakan Pakar Neurologis dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama yang diterima dalam Program Pemimpin Masa Depan Bagi Penyakit Strok, Pertubuhan Strok Sedunia (WSO FLP). Beliau adalah salah seorang daripada 32 calon yang terpilih daripada 113 permohonan yang diterima oleh WSO. Inilah dipanggil AGILE di dalam TERAS, pakar pantas mengikut arus dan terkehadapan dalam membawa kepakaran yang dimiliki oleh UKM.

 

iv)   UKM Dinobatkan sebagai The Most Influential Innovators di South and South East Asia Innovation Awards bagi kategori institusi akademik, sebagai satu-satunya universiti tempatan yang mengungguli anugerah ini pada tahun 2020. Anugerah ini adalah satu pengiktiran yang diberikan oleh Clarivate kepada perubahan yang telah dilakukan oleh UKM dalam inovasi dan paten (pengkomersilan). pengkomersilan menitikberatkan nilai ETHICS atau ETIKA adalah komponen TERAS perlu dititik beratkan kerana paten memerlukan ketelusan dalam mendaftarkan IP, harta intelek,  seharusnya tiada plagiat dalam menzahirkan inovasi.

 

v)    Pelantikan Dr. Hj. Zulkifli Amat selaku Pegawai Profesional Dan Pengurusan  sebagai Pengarah Pusat Sukan UKM. Kakitangan akademik mahupun pengurusan dan profesional, sumbangan mereka amat dihargai dan meninggalkan impak kepada UKM. Terkini,  Dr. Hj. Zulkifli Amat, seorang kakitangan Pengurusan dan Professionl telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Sukan UKM. Lantikan ini amat bermakna apabila mengambil kira pengalaman dan kepakaran beliau sepanjang berkhidmat di UKM di bawah konteks TALENT di dalam TERAS.

 

vi)   UKM PRIHATIN dalam konteks SOUL di bawah TERAS, UKM telah mengambilkira keperluan pelajar dalam bebanan yuran dan juga keperluan pembelajaran di dalam talian.

 

(1)  Pengurangan Yuran Pendaftaran Kepada Semua Pelajar Baharu Bagi Semester 1, Sesi Akademik 2020/2021. Jika sebelum ini, bayaran yuran adalah sebanyak RM1200, tetapi selepas pengurangan, mereka hanya perlu membayar RM850. Ini bermakna, pengurangan adalah sebanyak RM350. Pengurangan ini akan melibatkan semua pelajar tahun 1 kita yang berjumlah seramai 3,854 orang pelajar.ini selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang meminta setiap Universiti Awam mengambil inisiatif untuk meringankan beban ibu bapa dan juga pelajar. Faktor pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelajar tidak dapat tinggal di kampus dan mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

 

(2)  Bantuan Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar UKM dari keluarga B40 dapat meneruskan pembelajaran secara dalam talian berjalan dengan lancar, Pusat Hal Ehwal Pelajar telah memberi bantuan pelan data dan peranti. Pelajar tahun 1 Sesi Akademik 2020/2021 telah menerima bantuan Kewangan Prihatin one off sebanyak RM50 seorang. Ini adalah bantuan kewangan dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM219,400. Pelajar yang berkelayakan juga turut menerima pelan data dan peranti. Untuk pelan data, sebanyak 4,500 kad sim YES diberikan kepada pelajar tahun 1 yang dihantar terus ke alamat rumah masing-masing. Bagi pelajar sedia ada iaitu pelajar tahun 2 hingga tahun 4, UKM turut memberikan sebanyak 563 buah telefon pintar.

 

(3)  UKM turut memberikan Bantuan Peranti iaitu komputer riba kepada 250 orang penerima terdiri daripada pelajar dan asnaf UKM. Projek sumbangan komputer riba bagi fasa 1 dan fasa 2 ini adalah berjumlah RM475,400 hasil sumbangan dari Zakat UKM dan skim Tabung Endowmen Bantuan Pelajar.

 

vii)  GEKebolehpasaran Graduan, GE akan menjadi salah satu AGENDA UKM yang merupakan nadi dalam sesebuah institusi pengajian tinggi. Universiti perlu melihat ruang dan peluang untuk memastikan graduan tidak terpinggir dalam pencarian pekerjaan, justeru untuk menggapai CITRA  UKM, selain nilai murni, kemahiran insaniah, yang perlu kita titik beratkan adalah bagaimana UKM mahu REVITALISE dalam memastikan tawaran, program, kursus atau kursus tambahan dan kursus CITRA boleh memberi nilai tambah kepada graduan kita, apakah kursus professional yang boleh kita tawarkan sepanjang pengajian supaya graduan UKM lebih mapan dalam kelangsungan dan penawaran diri. Pusat karier dan Pusat CITRA harus melihat secara holistik di samping PTJ untuk bersama-sama melakukan pembaharuan kearah graduan yang lebih kompeten.

 

3.    Penutup

 

Saya percaya dengan TERAS yang kuat di genggam sebagai JIWA UKM oleh seluruh warga UKM, ianya pasti jadi kenyataan. Kita lah UKM, kitalah Universiti Watan.

 

Hilir kolek mudik ke tepian

Ditiup bayu merentas muara

Universiti kita Universiti Watan

TERASnya adalah untuk semua

 

Salam hormat,

 

 

PROF. DATO’ Ts. DR. MOHD EKHWAN HJ. TORIMAN

SEJENAK MINDA NAIB CANSELOR SIRI 2/2021

INTISARI
SEJENAK MINDA NAIB CANSELOR UKM BIL 2/2021

 

  1. PENGENALAN

SEJENAK MINDA Naib Canselor bilangan ke-2 untuk tahun 2021 mengupas kecemerlangan Alumni dan inisiatif semasa UKM dalam memastikan nilai TERAS dapat diterapkan dalam keseluruhan aktiviti dan tindakan UKM.

 

  1. KECEMERLANGAN ALUMNI TERKINI

i. Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali merupakan alumni UKM pada tahun 1986 dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

ii. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan alumni UKM yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan pada tahun 1988 dan Sarjana Surgeri (Surgeri Am) pada tahun 1994 dari Fakulti Perubatan. 

 

  1. TERAS

Nilai TERAS akan meliputi aspek akademik, penyelidikan & inovasi, hal ehwal pelajar, kewangan & alumni dan juga tadbir urus dengan kebitaraan yang menggambarkan kepentingan peranan masing-masing.

  

  1. INISIATIF SEMASA UKM

 i. Pelancaran Road To UKM Entrepreneur Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) akan melancarkan inisiatif strategik yang dikenali sebagai ‘Road to UKM Entrepreneur’.

ii. Pelancaran Syarikat Pemula UKM @ Startup UKM INOVASI@UKMTM akan melancarkan Start-up UKM (STU) untuk meningkatkan pemindahan teknologi dan pengkomersilan yang berterusan dengan  menyediakan Garis Panduan STU.


    PENUTUP

      UKM akan terus memperkukuhkan nilai TERAS sebagai JIWA UKM untuk dihayati oleh seluruh  warga UKM.

**********************************

SYNOPSIS
SEJENAK MINDA NAIB CANSELOR UKM VOL 2/2021


1.    INTRODUCTION

SEJENAK MINDA NAIB CANSELOR volume 2, 2021 highlights some excellent achievements of our alumni and the current efforts and initiatives of UKM in ensuring that the elements of TERAS are instilled in all activities and decisions made by the university.


2.      PROMINENT ALUMNI

The Chief Secretary to the Government of Malaysia, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali graduated in 1986 from the Faculty of Economics and Management, UKM.

The Director-General of Health, Ministry of Health Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah obtained his Master of Surgery (1994) and Medical Degrees (1988) from the Faculty of Medicine, UKM.

 

3.    THE ELEMENTS OF TERAS

The elements of TERAS include academic, research and innovation, student affairs, financial and alumni relations that are achieved through excellent management skills and outstanding team.


4.    CURRENT INITIATIVES

The Road to UKM Entrepreneur Program Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development will launch one of its strategic initiative programs known as ‘The Road to UKM Entrepreneur’.

  The Startup UKM (STU) ProgramCentre for Innovation & Technology Transfer or INOVASI@UKMTM  will launch a program known as ‘Startup UKM’ to increase technology transfer and sustainable commercialization. The centre is currently preparing the STU guidelines.


5.        CONCLUSION

UKM will continue to strengthen the elements of TERAS as the core values and pillars of the organization that should be practiced by all members of the campus.

Salam hormat,

PROF. DATO’ Ts. DR. MOHD EKHWAN HJ. TORIMAN