Pejabat Naib Canselor

 

Maklumat Umum

 

Pejabat Naib Canselor adalah pejabat pengurusan tertinggi dan utama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pejabat ini bertanggungjawab untuk memastikan halatuju, perancangan polisi dan pembangunan UKM selari dengan hasrat penubuhan UKM berpandukan kepada misi, Visi dan falsafah penubuhan UKM.

Pejabat Naib Canselor terdiri daripada:

Pejabat Naib Canselor
Pejabat Naib Canselor berfungsi sebagai pejabat ketua eksekutif dan ketua perkhidmatan yang bertanggungjawab dalam memastikan segala perancangan, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dengan misi, visi, falsafah dan matlamat universiti.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa)
Pejabat TNC Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa bertanggungjawab membantu merealisasikan hasrat UKM sebagai pusat ilmu terpilih dan bertaraf dunia sebelum 2015. Dengan misi untuk mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia dan mengantarabangsakan UKM melalui perancangan strategik dan pelaksanaan berkesan di samping memupuk kerjasama dengan institusi luar negara melalui hubungan strategik dan jaringan akademik serta menjamin dan memantau kualiti aktiviti pengantarabangsaan UKM.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi bertangggungjawab menguruskan hal ehwal penyelidikan yang berperanan menggerakkan penyelidikan dan inovasi Universiti ke arah Universiti Penyelidikan Unggul.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Pejabat TNC Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar dan alumni bagi melahirkan mahasiswa yang berkredibiliti tinggi.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat)
Pejabat TNC Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat bertanggungjawab menguruskan hal ehwal jaringan kerjasama antara industri dan masyarakat luar dengan warga UKM.

Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat)
Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) menerajui Pusat Strategi UKM sebagai Pengarah Eksekutif dan bertanggungjawab ke atas Pusat Komunikasi Korporat dan Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan

Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana)
Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) menerajui Pusat Khazanah UKM (sebelum ini Unit Hartanah) sebagai Pengarah Eksekutif dan bertanggungjawab ke atas Yayasan Canselor dan Jabatan Pembangunan.