PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Pengarah

PROF. MADYA DR MOHD SUHAIMI BIN MOHAMAD berasal dari Perak. Beliau mempunyai kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda (Biotech, Management) UKM, Ijazah Sarjana (Medical Social Work) UKM dan Ijazah Doktor Falsafah (Social Work) University of Bristol United Kingdom.

Kerjaya beliau di UKM bermula pada tahun 2005 -2006 sebagai Tutor dan seterusnya sebagai Health Service Assistand di Bristol Royal Hospital for Children di United Kingdom dari tahun 2007-2009, sebagai Pensyarah di UKM pada 2007-2011 dan Pensyarah Kanan di UKM dari tahun 2012 sehingga kini.  Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Pengarah SISWA-UKM ialah sebagai Penolong Dekan (Siswa & Alumni) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.  Penglibatan beliau bersama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah bermula dari tahun 2016 sehingga 9 Jun 2019.

Penyelidikan utama beliau adalah dalam bidang Kesihatan Mental dam Kerja Sosial.  Beliau telah menjalankan banyak kajian penyelidikan bermula dari tahun 2010 sehingga kini.  Antara kajian yang telah dijalankan ialah “Inequality in Education:  Experience of Critical Pedagogy and Community Engagement with Orang Sungai in Paitan, Sabah dan penyelidikan ini telah diterbitkan dalam ASEAN Journal of Community Engagement. Disamping menjalankan penyelidikan, beliau juga telah berjaya menyelia beberapa orang pelajar PhD dan Sarjana.  Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti kerja sosial dan terkini beliau telah dilantik sebagai Presiden Malaysian Association of Social Workers (MASW) pada tahun 2019.