PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Latar Belakang

Pusat Pengurusan dan Pembangunan Mahasiswa (SISWA-UKM) serta Pusat Pengurusan PUSANIKA (PUSANIKA-UKM) telah digabungkan/distrukturkan semula menjadi Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) bermula pada 6 Ogos 2019.

HEP-UKM merupakan salah satu PTj di Universiti yang memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pelajar-pelajar. Pusat perkhidmatan ini, secara umumnya berperanan dalam memastikan kemudahan dan perkhidmatan serta pengurusan juga pemantauan aktiviti untuk pelajar termasuk khidmat kaunseling, kebajikan, latihan dan kepimpinan, kesukarelawanan dan penerbitan. Di samping itu, pusat perkhidmatan ini turut berperanan sebagai penasihat, pemudahcara dan menguruskan soal-soal kebajikan pelajar keseluruhannya.