Pusat-HEARS

 Transforming Lives with Hearing

Implan Koklea

Pengenalan

Alat bantu dengar juga terdapat jenis implan. Implan adalah sesuai untuk individu yang bermasalah pendengaran dan tidak dibantu dengan hanya menggunakan alat bantu dengar yang konvensional. Seperti contoh, individu yang mempunyai masalah pendengaran tahap teruk ke sangat teruk. Implan dapat membantu mendengar setelah mencuba alat bantu dengar dan sudah berbincang dengan audiologis bahawa pengguna menerima sangat sedikit atau tiada manfaat daripada alat bantu dengar. Oleh itu, implant adalah pilihan lain yang sesuai bagi memastikan pengguna dapat mendengar dan meningkatkan kualiti hidup seperti individu berpendengaran yang normal.

Jenis Alat Bantu Dengar

Secara amnya, terdapat DUA jenis alat implant koklea di pasaran :

  1. Implan koklea dua unit : Pemproses bunyi disangkut belakang telinga beserta dengan gegelung magnet di kepala
  2. Implan koklea satu unit : Pemproses bunyi berserta magnet di kepala
Jenama Alat Bantu Dengar

Terdapat beberapa jenama alat implan koklea di pasaran Malaysia. Pesakit perlu menjalani sesi kaunseling pemilihan alat yang sesuai.

  • Oticon
  • Advanced Bionic
  • Cochlear Ltd.
Limitasi Alat Implan Koklea

Alat implan koklea ini masih mempunyai limitasi yang mana-mana teknologi sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Antara limitasi bagi alat bantu dengar adalah :-

  • Bunyi yang dihasilkan daripada alat tidak sama seperti apa yang boleh didengar oleh telinga normal – namun setelah menggunakan alat implan koklea dalam beberapa minggu, otak akan terbiasa pada bunyi yang dihasilkan. Kebiasaannya pada beberapa hari awal sahaja pengguna alat implan koklea akan perasan pada perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh alat implan koklea.

  • Alat implan koklea tidak direka untuk mendengar dalam jarak lebih daripada lingukngan 2 meter daripada pengguna alat implan koklea. Kebolehan mikrofon untuk menangkap bunyi tersebut hanyalah dalam jarak yang dekat. Namun, limitasi ini boleh diatasi dengan aksesori tambahan yan membolehkan pengguna alat implan koklea boleh mendengar dengan jarak lebih daripada 10 ke 20 meter!!

  • Bunyi bising atau bunyi hingar latar belakang adalah merupakan musuh utama bagi alat implan koklea. Kebanyakan alat implan koklea sekarang sudah mempunyai teknologi yang boleh mengurangkan bunyi bising namun masih belum boleh mengurangkan bunyi bising secara total. Para pengguna alat implan koklea perlu menjauhkan diri daripada bunyi bising yang menganggu untuk mendengar dengan lebih baik.
Harga Alat Bantu Dengar

Harga alat implan koklea adalah antara RM70,000 hingga RM100,000 seunit. Harga ini bergantung kepada jenis alat implant koklea dan jenama bagi alat tersebut. Harga adalah tertakluk kepada pembekal alat tersebut dan boleh berubah dari masa ke semasa.

Bantuan Kewangan Untuk Alat Bantu Dengar

Pesakit yang layak, boleh memohon bantuan pembelian alat implan koklea. Contoh agensi yang menawarkan bantuan adalah: 

  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Tabung Bantuan Perubatan Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Veteran
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)