Pusat-HEARS

 Transforming Lives with Hearing

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan melibatkan sasaran yang berbeza. Masyarakat awam, pekerja berisiko menghadapi masalah pendengaran, profesional, dan para pelajar. 

Webinar Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-kanak bersama Pelajar Perubatan Universiti Sains Malaysia

Projek ‘Childhood Hearing Loss Awareness Campaign: ACT Now, HEARS How!’ anjuran Pusat HEARS tajaan Yayasan Sime Darby telah mengadakan Webinar Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak Bersama Pelajar Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 24 Mac 2023. Bagi meningkatkan kesedaran dan memberi input berkenaan pengurusan masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak. 

Webinar Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-kanak bersama Pelajar Perubatan Universiti Malaysia Sabah

Projek ‘Childhood Hearing Loss Awareness Campaign: ACT Now, HEARS How!’ anjuran Pusat HEARS tajaan Yayasan Sime Darby telah mengadakan Webinar Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak Bersama Pelajar Perubatan Universiti Malaysia Sabah pada 25 Mac 2023. Bagi meningkatkan kesedaran dan memberi input berkenaan pengurusan masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak. 

Hari Pendengaran Sedunia 2023

Bulan Mac yang sinonim dengan Sambutan Hari Pendengaran Sedunia bakal melabuhkan tirai. Pusat HEARS telah menjayakan Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2023 pada 6 dan 7 Mac 2023 yang lepas. Dengan jumlah penyertaan sekitar 200 individu bersasar terlibat dalam proses saringan pendengaran. Penjagaan telinga dan pendengaran untuk semua merupakan mesej yang disampaikan pada tahun ini. Ayuh kita sama-sama menjadikan Hari Pendengaran Sedunia ini sebagai titik tolak untuk kita terus menjaga telinga dan pendengaran kita semua.
Pusat HEARS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung sepanjang menyambut Hari Pendengaran Sedunia 2023 ini.