Pusat-HEARS

 Transforming Lives with Hearing

Kolaborasi

Petronita

Dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM240,000 ini bermula daripada 2016 ke 2018 ini telah dimanfaatkan sebaiknya. Seramai hampir 100 orang penerima amat berbesar hati dengan sumbangan ini. Alat bantu dengar dan aksesori alat implan koklea yang memakan kos yang agak tinggi ini dapat diringankan sedikit sebanyak beban pengguna sekaligus dapat menjamin kualiti bunyi yang baik bagi mereka. 

Cochlear Ltd.

Sijil Profesional Terapi Auditori-Verbal ditaja oleh pihak Cochlear Ltd. Tajaan sebanyak hampir RM450, 000 ini bertujuan untuk membantu Pusat HEARS menawarkan program ini bagi memberikan pengetahuan dan kemahiran AVT kepada ahli profesional yang berkecimpung dalam pengendalian kes masalah pendengaran. Ini adalah satu-satunya program dalam rantau Asia Tenggara yang dikendalikan dan diiktiraf di peringkat universiti.

20dB Hearing

20dB Hearing telah menyumbangkan sebanyak 50 unit alat bantu dengar berjumlah RM100,000 beserta 1 unit implan koklea kepada seorang guru dengan jumlah RM80,000. Jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM180,000 yang diberikan pada tahun 2020 dalam keadaan negara kita dilanda Covid dan masing-masing diuji dengan masalah kewangan. 20dB Hearing peka dan tampil untuk menyumbang bagi memastikan individu bermasalah pendengaran dapat menikmati masa bersama keluarga di rumah dengan pendengaran yang lebih baik. 

Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby telah dua berkali menaja bagi kesinambungan projek pertama dan kedua dengan bertemakan meningkatkan kesedaran masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak. Jumlah tajaan yang besar berjumlah secara keseluruhannya adalah sebanyak RM530,000 ini mensasarkan para ibu bapa, profesional barisan hadapan dan juga profesional yang terlibat secara langsung mengurus kanak-kanak bermasalah pendengaran. Projek ini menyentuh kesemua individu yang terlibat dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran secara holistik dengan harapan kesedaran masalah pendengaran ini meningkat secara mendadak. Terima kasih Yayasan Sime Darby!