Pusat-HEARS

 Transforming Lives with Hearing

Perkembangan Pendengaran Kanak-kanak

Perkembangan pendengaran bagi kanak-kanak akan berkembang mengikut usia. Pastikan anak anda mengikut perkembangan pendengaran mengikut umurdari semasa ke semasa.

Sejak lahir - 3 bulan

  • Terkejut atau terjaga daripada tidur oleh bunyi kuat.
  • kelihatan tenang atau tersenyum apabila anda bercakap dengannya.
  • Mengenali suara anda dan berhenti sekiranya menangis.
  • berubah cara menghisap susu sebagai tindak balas terhadap bunyi.
  • Membuat bunyi menandakan dia gembira.
  • ​tangisan yang berbeza mengikut keperluan yang berbeza​​​.

4 bulan - 6 bulan

  • Terkejut atau terjaga daripada tidur oleh bunyi kuat.
  • kelihatan tenang atau tersenyum apabila anda bercakap dengannya.
  • Mengenali suara anda dan berhenti sekiranya menangis.
  • berubah cara menghisap susu sebagai tindak balas terhadap bunyi.
  • Membuat bunyi menandakan dia gembira.
  • ​tangisan yang berbeza mengikut keperluan yang berbeza​​​.

7 bulan - 1 tahun

  • Seronok bermain cak cak
    ​Berpusing dan melihat ke arah bunyi.
  • Memahami perkataan yang sering digunakan seperti cawan, kasut atau botol.
  • Memberi tindak balas terhadap arahan “Datang sini”
  • Membebel menggunakan kumpulan bunyi pendek dan panjang. (tata gaga baba nana)
  • Berkomunikasi menggunakan pergerakan seperti melambai dan mengangka tangan untuk didukung .
  • Meniru bunyi pertuturan yang berbeza.
  • Mendapatkan sekurang – kurangnya satu atau banyak perkataan (Papa atau Mama) pada usia satu tahun.
  •  

1 tahun - 2 tahun

  • Mengenali dan boleh menunjukkan beberapa anggota badan apabila ditanya.
  • Mengikuti arahan mudah (Baling bola itu)dan memahami soalan mudah. (kasut mana?)
  • Suka mendengar cerita, lagu dan puisi kanak – kanak.
  • Menunjuk kepada gambar di dalam buku apabila disebut.
  • Memperoleh perkataan baru setiap bulan.
  • Menggunakan soalan jenis satu atau dua patah perkataan. (Mana meow?)
  • Menggabungkan dua perkataan. (Nak susu)
  •  

2 tahun - 3 tahun

  • Mempunyai perkataan untuk semua benda. ​
  • Menggunakan frasa dua atau tiga patah perkataan untuk bercakap dan bertanya.
  • Menggunakan bunyi k ,g, f, t, d, l, m, n, w, s, dan h.
  • Pertuturan difahami oleh orang yang rapat dengannya.
  • Bertanyakan “Kenapa” bagi semua perkara.​
  •  

3 tahun - 4 tahun

  • Boleh mendengar apabila dipanggil dari bilik lain.
  • Mendengar televisyen atau tablet atau telefon mudah alih pada tahap bunyi yang sama seperti ahli keluarga yang lain.​​
  • Menjawab soalan mudah “Siapa?” “Apa?” “Dimana?” dan “Mengapa?”
  • Bercakap tentang aktiviti yang berlaku di tadika prasekolah atau rumah rakan – rakan
  • Menggunakan ayat yang mempunyai empat atau lebih perkataan
  • Pertuturan boleh difahami oleh pendengar selain daripada ahli keluarga​.
  •  

4 tahun - 5 tahun

  • Memberi perhatian kepada cerita pendek dan menjawab soalan mudah tentangnya.
  • Menceritakan cerita pendek-pendek.
  • ​Mendengar dan memahami kebanyakkan perbualan di rumah dan sekolah.
  • Menjawab pertanyaan “Apa kamu cakap?”
  • Kekal dalam topik ketika bercakap.
  • Menyebut kebanyakan pertuturan dengan betul.
  •