Small & Wide Angle Scattering (SWAX)

0
JENAMA & MODEL HECUS
LOKASI ALAT: No. 32, Makmal Tga, Blok C, Bangunan Sains Nuklear
PENGENALAN ALAT: SWAXPenyerakan sinar-X Bersudut Rendah dan Lebar (SWAXS) ialah salah satu teknik analisis sinar-X yang digunakan untuk mengenal pasti cirri-ciri struktur bahan yang mempunyai saiz dalam linkungan nanometer. Analisis ini dijalankan dengan memfokus alur sinar-X monokromatik keatas sample dan mendapatkan corak penyerakan menyondong (coherent) yang timbul akibat ketumpatan elektron yang tidak homogen dalam sampel. Berdasarkan kepada corak penyerakan, maklumat struktur partikel yang mempunyai saiz dalam lingkungan puluhan ke ribuan Angstrom (10-10 m). Teknik SWAXS boleh digunakan untuk mengkaji sistem yang terdiri daripada zarah yang mempunyai serakan tunggal (monodisperse) atau serakan berbagai (polydisperse). Dalam sistem serakan tunggal (monodisperse), saiz, bentuk dan struktur dalaman zarah dapat ditentukan. Bagi system serakan berbagai (polydisperse), taburan saiz bagi partikel dapat dikira dengan anggapan semua zarah dalam sistem mempunyai bentuk yang sama.
KEGUNAAN ALAT:
  • Menentukan saiz zarah dalam linkungan nanometer
  • Mengkaji struktur dan kestabilan bahan biologi (liposome, membrane, protein dan sebagainya)
  • Memperolehi maklumat struktur bendalir kompleks (emulsi, mikroemulsi, cecair hablur dan sebagainya)
  • Kajian secara “in-situ” pempolimeran dan pertumbuhan nanozarah dalam acuan cecair hablur
  • Pencirian struktur bagi bahan pemangkin ( bilangan surfaktan per isipadu, taburan porosity bahan)
KEADAAN SAMPEL: Pepejal, cecair dan gel
JUMLAH MINIMA SAMPEL DIPERLUKAN:
  1. Sampel Pepejal – Luas permukaan sampel sekurang-kurangnya 5cm x 5cm
  2. Sampel Cecair – 5ml
KEPERLUAN KHUSUS SAMPEL:
TEMPOH ANALISIS: Bergantung kepada keperluan pengguna
KEUPAYAAN ANALISIS DILAKUKAN SEHARI: 20 sampel sehari
KOS ANALISIS:
STATUS KOS (RM) CATATAN
KAKITANGAN/ PELAJAR UKM

  1. Luar PPFG (FST)
30.00 per sampel
KAKITANGAN/ PELAJAR UKM

  1. Luar Fakulti
30.00 per sampel
PELAJAR LUAR UKM/SWASTA 50.00/70.00 per sampel
WAKTU OPERASI: Sila berjumpa dengan operator berkenaan.
PENYELARAS ALAT:

Prof. Dr. Shahidan Radiman

Email: shahidan@ukm.edu.my
No Tel: 03-8921 3383
No Bilik: Bilik 66B, Blok B,(Program Sains Nuklear), Blok B Bangunan Sains Nuklear

OPERATOR ALAT:

Tazidi bin Taib

Email: zidie@ukm.edu.my
No Tel: 03- 8921 5944
No Bilik: Bilik 37, Blok C,(Program Sains Nuklear), Blok C Bangunan Sains Nuklear

Leave A Reply