MINGGU MESRA MAHASISWA SESI 2020/2021

Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) merupakan satu aktiviti tahunan pada awal sesi akademik 2020/2021. Tujuan MMM adalah untuk menyambut kedatangan pelajar Tahun 1 ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di samping memberi pendedahan berkenaan dengan kehidupan di alam universiti.

Bagi sesi 2020/2021 tahun ini, MMM telah mengorak langkah penyesuaian dengan situasi mendepadi Covid-19 bersesuaian dengan situasi semasa dengan kaedah secara atas talian (online) bertujuan untuk berinteraksi antara pemudah cara dan pelajar baru khususnya di Kolej Dato’ Onn.

Para pelajar Tahun 1 telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing sepanjang tempoh MMM. Seramai 2 orang Pemudahcara telah ditetapkan dalam sesebuah kumpulan. Ia adalah bertujuan untuk membimbing pelajar Tahun 1 Kolej Dato’ Onn dalam setiap sesi aktiviti online . Antara aktiviti online adalah seperti Malam Jalinan Mesra, sesi live bersama Pusat Sukan, Pusat Kebudayaan, pihak SPRM dan Malam Bicara Akademik. Setiap aktiviti online yang berlangsung ini berjalan dengan lancar.

Antara impak yang diperolehi daripada MMM 2020 ialah para pelajar dapat mengetahui selok-belok kehidupan alam universiti dan kolej kediaman. Selain itu, para pelajar juga dapat bersuai kenal bersama Majlis Eksekutif Pelajar, Majlis Felo, para pemudahcara dan pihak pentadbiran.

Disediakan oleh : Shaily Yasmin