Membantu dalam menggerak dan melaksanakan program kecemerlangan akademik di peringkat kolej kediaman melalui sumbangan khidmat sebagai tutor, pembimbing, penasihat kepada penghuni kolej.
Membantu dalam menggalakkan dan menasihati program-program kegiatan kemahasiswaan dalam bidang kepimpinan, sosial, kerohanian, kemasyarakatan penghuni kolej.
Membantu dalam menjaga kebajikan kehidupan penghuni kolej dalam menjamin keselamatan dan keselesaan hidup di kolej serta memberi bantuan dalam masa kecemasan.
Memainkan peranan sebagai penasihat, pembimbing, kaunselor dan mentor kepada penghuni kolej dalam aspek akademik dan juga kehidupan harian.
Membantu Pengetua dalam memantau dan menangani aspek disiplin dan peraturan kolej di kalangan penghuni kolej.
Menjadi penasihat dan pembimbing kepada Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan juga kelab-kelab di kolej.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua Kolej dari semasa ke semasa.