Kolej Dato' Onn

 Pertama Dalam Semua

Soalan Lazim

1. Berapa kadar caj yuran kolej kediaman?

Jawapan: Kadar caj yuran adalah berbeza bagi setiap kolej kediaman. Sila klik menu kemudahan kolej dan penginapan untuk melihat kadar caj yuran.

2. Bagaimana ingin membuat semakan yuran/ hutang?

Jawapan: Pelajar boleh melayari Portal e-Kewangan UKM dan maklumat lanjut boleh berhubungan dengan pihak bendahari UKM.

3. Bagaimana keputusan rayuan penempatan ditetapkan? Apakah perlu dilakukan sekiranya           permohonan tidak berjaya ?

Jawapan: Keputusan rayuan bergantung kepada kekosongan bilik. Sekiranya permohonan tidak berjaya, pelajar dimohon untuk membuat permohonan di kolej yang mempunyai kekosongan.

4. Bagaimana hendak menuntut surat berdaftar/bungkusan

Jawapan: Pelajar dikehendaki menyemak surat pos laju yang dikeluarkan oleh pejabat kolej dan diletakkan mengikut blok pelajar.  Pelajar dikehendaki mengemukakan surat pos laju tersebut berserta dengan kad kolej untuk pengambilan berdaftar/pos laju/bungkusan.  Pelajar diberi tempoh masa 5 hari untuk mengambil pos laju/ kurier tersebut, jika tidak berbuat demikian, maka surat berdaftar/pos laju/bungkusan akan dikembalikan kepada pihak pos.

5. Bagaimana membuat aduan kerosakan?

Jawapan: Pihak kolej sentiasa bersedia untuk menerima sebarang maklum balas dari pihak pelajar. Oleh itu, terdapat dua medium yang boleh digunakan oleh pelajar. Pertama, pelajar perlu mengisi borang aduan dan perlu diserahkan di kaunter kolej. Borang boleh didapatkan di kaunter pejabat atau memuat turun dari laman web Kolej Dato’ Onn. Kedua, pelajar boleh membuat aduan  melalui email iaitu aduankdo@gmail.com.

6. Apakah merit kolej penting bagi seseorang pelajar?

Jawapan: Ya. Disebabkan bilangan permohonan penginapan pelajar semakin meningkat maka pihak kolej telah memperkenalkan sistem merit kolej di mana ia menjadi salah satu kriteria penempatan pelajar di Kolej Dato’ Onn. Sekiranya gagal mencapai markah merit yang ditentukan maka pelajar berkenaan tidak mendapat tempat penginapan di Kolej Dato’ Onn. Bagi mendapatkan markah merit, pelajar digalakkan untuk beraktif dalam program-program ajuran Kolej Dato’ Onn.

7. Siapakah pegawai yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan?

Jawapan: Semasa waktu pejabat (8am – 5pm) pelajar boleh berhubung dengan pegawai di pejabat Kolej Dato’ Onn. Sekiranya kecemasan berlaku di luar waktu pejabat maka pelajar boleh berhubung dengan Felo bertugas minggu tersebut. Nama dan nombor telefon felo bertugas akan tertera di kaunter kolej.

 8. Bagaimana membuat tempahan rumah tamu ?

Jawapan: Tempahan rumah tamu boleh dibuat melalui telefon di talian 03-89215103 atau berhubung di kaunter  pejabat Kolej Dato’ Onn.

9. Bagaimana menjadi ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Dato’ Onn?

Jawapan: Pelajar perlu menunggu iklan jawatan kosong MEP yang akan dikeluarkan oleh pihak kolej. Sekiranya pelajar berminat maka boleh mengisi borang permohonan dan perlu menghadiri temuduga MEP. Borang boleh didapatkan di kaunter Kolej Dato’ Onn.

10. Bolehkah saya membawa kenderaan di kawasan kolej?

Jawapan: Bagi pelajar tahun 1 hanya dibenarkan membawa kenderaan motosikal sahaja. Bagi pelajar tahun 2 ke atas dibenarkan membawa kenderaan motorsikal atau kereta. Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan ruang pihak kolej hanya menyediakan tempat parkir motosikal sahaja. Pelajar yang membawa kereta tidak dibenarkan meletak kenderaan di tempat-tempat khas seperti di ruang letak kenderaan pengetua, timbalan pengetua, kakitangan dan Felo. Sekiranya pelajar enggan mematuhi peraturan maka saman akan dikeluarkan. Pelajar perlu mendaftar kenderaan di wisma aman UKM untuk mendapatkan pelekat kenderaan pelajar.