Penggerak Pendaulat Borneo 2.0

PENGENALAN PROGRAM

Penggerak Pendaulat: Borneo (PPB) 1.0 merupakan program yang telah dilaksanakan anjuran  Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn sesi 2015/2016. Impaknya kepada pelajar dan masyarakat setempat melalui PPB 2.0 perlu diteruskan bagi pendekatan bersepadu dan secara berstruktur disamping memperkasakan bidang ilmu pengetahuan. Penggerak Pendaulat Borneo 2.0  mengilhamkan perkembangan bidang Akademik sebagai satu aspek dalam melihat impak keberhasilan jangka panjang dalam melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan mampu meningkatkan status sosio ekonomi kehidupan mereka melalui perkembangan bidang pendidikan. Oleh yang demikian, PPB 2.0 mengilhamkan pembinaan sebuah pusat pembelajaran kepada Masyarakat Kampung Lumampau. Program ini dicadangkan sebagai sebuah program anjuran bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 1 Malaysia For Youth (IM4U) untuk menghasilkan sebuah pusat pembelajaran di Kampung Lumampau, Sipitang .Pusat Pembelajaran juga dicadangkan adalah untuk memberi peluang penduduk kampung terutamanya pelajar-pelajar disana untuk merasai suasana sebenar Perpustakaan di bandar. Dengan ini, pelajar akan lebih bersemangat mendalami ilmu dalam suasana dan tempat yang selesa.

 

MATLAMAT

Matlamat bagi program ini adalah untuk meningkatkan tahap pembelajaran penduduk Kampung Lumampau.Meningkatkan tahap kesedaran penduduk Kampung Lumampau terhadap pendidikan. Memupuk minat membaca dalam setiap lapisan umur Penduduk Kampung

 

OBJEKTIF

Objektif program ini dijalankan untuk membina pusat pembelajaran bagi menyediakan ruang untuk Penduduk Kampung membaca di kawasan Perkampungan  Lumampau Sipitang. Memberi pendedahan pendidikan kepada masyarakat Kampung Lumampau bagi setiap lapisan umur. Mewujudkan satu suasana yang kondusif bagi Pelajar-pelajar menuntut ilmu di Kampung Lumampau Sipitang. Selain itu, untuk mengadakan festival akademik bagi tujuan memberikan pendedahan halatuju yang jelas kepada pelajar luar bandar  khususnya selepas tamat persekolahan.

 

HASIL

Hasil daripada program ini ialah Secara keseluruhannya, Program Penggerak Pendaulat: Borneo (PPB) 2.0 ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Program ini telah berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah tetapi dapat diselesaikan dengan baik. Selain itu, program ini telah berjaya membawa misi yang telah dirangka iaitu meningkatkan taraf akademik penduduk Kampung Lumampau dengan pembinaan Pusat Pembelajaran yang dilengkapi Sistem Solar serta Festival Akademik yang diadakan di SMK Pengiran Omar II berlangsung dengan jayanya. Program ini juga telah berjaya menyemai dan menanam semangat komitmen dan kerja berpasukan dalam diri setiap ahli jawatankuasa. Oleh yang demikian, diharap program ini dapat diteruskan lagi supaya setiap mahasiswa lebih terbuka dengan kerja-kerja sukarelawan dan membuka mata dengan lebih luas tentang kepentingan akademik kepada seluruh lapisan masyarakat tidak kira di kawasan bandar mahupun pedalaman. Program seumpama ini juga mampu memberi pelbagai manfaat kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 

 

 

Artikel disediakan oleh : Nurul Syahiidah (Pengerusi I, PPB 2.0)