
Pengenalan
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya KESUKMA didaftarkan pada 19 April 1977 di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 bernombor pendaftaran 519, Selangor. Sejarahnya bermula sebagai Persatuan Kakitangan Am UKM [PERKAM ] yang ditubuhkan pada 1972. Dari sebuah persatuan kini sebagai sebuah Kesatuan Sekerja yang mewakili hampir 2 ribu orang kakitangan kumpulan sokongan I & II di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Peranan dan tanggungjawab KESUKMA adalah sebagai perantara untuk menyampaikan segala masalah kerjaya, syarat-syarat perkhidmatan dan kebajikan ahli dengan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Majlis Bersama Jabatan [MBJ] yang bermesyuarat 3 bulan sekali [ 4 kali setahun ].








