73 STAF UKM TERIMA SURAT TAWARAN KENAIKAN PANGKAT TBK1 GRED JA6
Encik Barudin bin Baharin, Naib Pengerusi CUEPACS Negeri Selangor merangkap Presiden KESUKMA UKM telah hadir ke Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) ke Gred JA6 pada 28 Oktober 2026. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zanuddin Mohd Daud, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia.
Seramai 73 orang staf UKM menerima tawaran kenaikan pangkat ke Gred JA6, terdiri daripada 67 orang Penolong Jurutera dan 6 orang Penolong Pegawai Seni Bina.
Turut hadir ialah En. Mohd Faris Ngadinin, yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia dan Ketua-Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima! Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh profesionalisme, meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan menyumbang dengan lebih bermakna kepada UKM.
Gambar penuh di Facebook KESUKMA
