SEJARAH

Pada awal penubuhan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), kolej ini telah menggunakan nama bersempena nama Tun Dr. Ismail bin Dato Hj. Abdul Rahman yang telah banyak menyumbang serta menabur bakti kepada tanah air. Kolej ini telah mula di bina pada bulan Ogos 1978 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Jun 1982. Pada ketika itu, kolej ini mampu menampung seramai 1 279 orang pelajar dengan kemudahan dewan serbaguna yang dapat menampung seramai 1 200 orang dalam satu-satu masa.

Kolej ini mempunyai 9 blok asrama dari blok A, B, C, D, E, F, G, H & J dan pangsarama Blok 6. Di samping itu juga, terdapat satu lagi cawangan kolej ini yang terletak di luar kawasan kolej utama yang di namakan Plaza Rah (KTSN 2). Setiap blok mempunyai penyelia asrama dan felo penghuni masing-masing untuk menjaga kebajikan penghuni dan menjadi perantaraan antara para pelajar dengan pihak pengurusan. Para penghuni KTSN adalah terdiri daripada pelbagai bidang akademik iaitu para pelajar bidang farmasi, pergigian dan sains kesihatan.

Kolej ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kebajikan dan keselesaan para penghuninya. Antaranya adalah cafe, pusat sumber, pusat komputer, kedai serbaneka, bilik rawatan PBSM, padang bola sepak, gelanggang bola jaring, gelanggang skuasy, gelanggang tenis, gym dan sebagainya. Segala kemudahan yang telah disediakan sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mahasiswa/i KTSN amnya. Di samping turut dilengkapkan dengan kemudahan dua surau utama serta bilik-bilik perbincangan.

Berkat kerjasama dan sokongan daripada pihak pentadbiran yang cekap yang diterajui oleh ayahanda pengetua tercinta, timbalan-timbalan pengetua, kakitangan-kakitangan, felo-felo penghuni, majlis perwakilan pelajar, ahli majlis eksekutif pelajar (MEP) dan semua pihak telah menjadikan kolej ini sebagai sebuah kolej kediaman pelajar yang unggul dan menjadi contoh kepada kolej-kolej lain di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga dengan penukaran nama kolej ini kepada Kolej Tun Syed Nasir dapat memberi satu wadah baru kepada penghuninya untuk mengharumkan nama kolej dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah diri dan sebagainya bukan sahaja diperingkat UKM malah dipersada antarabangsa. Mudah-mudahan segala usaha dan perancangan yang dirancanakan di kolej akan terus mendapat sokongan, keberkatan serta restu daripada-Nya.

BIBLIOGRAFI TUN SYED NASIR

Beliau dilahirkan pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat dan lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938. Beliau memulakan kerjaya sebagai nazir sekolah-sekolah Negeri Johor dan seterusnya memegang jawatan sebagai Pengarah Pelajaran Malaya. Pada tahun 1957-1968, beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pelbagai usaha dijalankan oleh beliau untuk menjadikan bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita.

Beliau turut menerajui Lembaga Padi dan Beras Negara pada tahun 1972. Di antara jasanya dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ialah menjadi Pesuruhjaya Persatuan Pengakap dan Majlis Pusat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia. Manakala dalam bidang Pendidikan dan Bahasa pula beliau terlibat sebagai Jawatankuasa Pemandu Pembentukan UKM dan dilantik menjadi Procanselor pada tahun 1978.

Dalam bidang keagamaan pula, belia memegang jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pusat Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsan dan antarabangsa sebanyak 15 kali. Di samping merupakan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah dan Presiden Yayasan Mubaligh Islam.

Beliau telah dianugerahankan pingat kepujian pengakap oleh Sultan Johor pada tahun 1957 dan beberapa darjah kebesaran antaranya Dato’ Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) pada tahun 1970, Panglina Mangku Negara (P.M.N) pada athun 1971 dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) pada tahun 1982 yang membawa gelaran Tun. Manakala UKM telah menganugerahi beliau Ijazah Doktor Persuratan pada tahun 1978.