Kajian Pendemokrasian

Pendemokrasian adalah satu proses yang dilalui oleh negara dan masyarakat baik yang mengamalkan sistem perwakilan ataupun sebaliknya.  Antara persoalan yang boleh dikaji dalam kelompok ini ialah persoalan hak kewargaaan, kuasa dan keabsahan; pemerkasaan masyarakat; hubungan kaum majoriti, minoriti dan peribumi dalam hubungan dengan pendemokrasian; hubungan antara negara, pasaran dan masyarakat; perkembangan masyarakat sivil; literasi politik, kepimpinan dan budaya politik; serta governan dan integriti politik. Kajian juga memberi tumpuan kepada pelbagai sistem pilihan raya dan impaknya terhadap perwakilan rakyat secara substantif.

Soalan penyelidikan yang boleh dijadikan teras untuk kelompok inilah:

  • Bagaimana dan untuk tujuan apa wacana demokrasi  digunakan di pelbagai rantau dunia?
  • Bagaimanakah literasi politik dan perkembangan masyarakat sivil boleh meningkatkan kematangan rakyat dalam satu sistem demokrasi?
  • Bagaimanakah hubungan kaum majoriti, minoriti dan peribumi dalam hubungan dengan pendemokrasian?
  • Bagaimana keterwakilan rakyat dipertahankan melalui pelbagai sistem pilihanraya? Bagaimana hubungan antara demokrasi dari bawah  dapat menyumbang kepada pengukuhan demokrasi berparlimen dan institusi pilihan raya?
  • Apakah hubungan antara politik pembangunan dengan politik demokrasi?
  • Apakah pengaruh etnik, sosiobudaya dan agama terhadap pendemokrasian?

Dalam mengkaji kesemua ini, pembahasan perlu dibuat terhadap sama ada teori pendemokrasian gelombang ketiga (third wave democratization theory) sesuai.

Kelompok ini dibahagikan kepada 3 program penyelidikan, seperti berikut:

Pendemokrasian