Welcome to the Center for Research in Language and Linguistics

Chairperson
Associate Prof. Dr Nor Fariza Mohd Nor Chairperson Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik

Welcome message from the Chair of the Center for Research in Language and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Greetings and welcome to the Center for Research in Language and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. We hope you will make the best of your study at UKM and we are here to support you every step of the way.

The Center offers two undergraduate honours programmes; English Language Studies and Linguistics. There are three postgraduate programmes at the Masters level, which are English Language Studies, Linguistics, and Post-Colonial English Literature. We also have students who are enrolled in the PhD program and these research students conduct research in various topics related to English Language Studies, Linguistics, and Literature. The Center offers foreign languages to all students at UKM. There are nine foreign languages that you can choose to enrol during your studies, which are French, German, Spanish, Turkish, Arabic, Thai, Mandarin, Korean, and Japanese.

The teaching and learning facilities at the Centre includes a lecture hall, seminar rooms for tutorials and discussions, multimedia labs, active learning classrooms, and a resource room. The Students Club for undergraduate students is active in assisting students’ involvement and participation in various activities at the Centre, the Faculty, and the university level. I encourage you to get involved, to participate, and to take part in the array of opportunities and initiatives hosted by the Center, the Faculty and the university throughout your study at UKM. I hope that you will discover over the next few years of your study at UKM that you have made the right decision to study here because you will be joining a lively, diverse, and warm community of lecturers and students. You will be exploring UKM and the Center’s rich array of learning experiences in the next few years as you develop your pathway to your future. I speak for the entire Center for Research in Language and Linguistics in saying we are glad you made the decision to join us.

SELAMAT DATANG KE PUSAT KAJIAN BAHASA DAN LINGUISTIK

Ucapan alu-aluan dari Pengerusi Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selamat datang ke Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik (PKBL), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami berharap anda dapat memanfaatkan sepenuhnya pengajian anda di UKM dengan sebaik mungkin.  Kami di Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik sedia memberi sokongan dan bantuan sepanjang pengajian anda di sini.

Pusat ini menawarkan dua program pengajian prasiswazah; program Pengajian Bahasa Inggeris dan Linguistik. Terdapat tiga program pascasiswazah di peringkat Sarjana, iaitu program Pengajian Bahasa Inggeris, Linguistik, dan Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris. Pusat ini juga mempunyai pelajar yang mendaftar dalam program Kedoktoran dan melakukan penyelidikan dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan Pengajian Bahasa Inggeris, Linguistik, dan Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris. PKBL juga menawarkan kursus bahasa asing kepada semua pelajar di UKM. Terdapat sembilan bahasa asing yang boleh anda pelajari semasa pengajian anda di sini, iaitu bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol, Turki, Arab, Thai, Mandarin, Korea, dan Jepun.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran di PKBL termasuk dewan kuliah, bilik seminar untuk tutorial dan perbincangan, makmal multimedia, kelas untuk pembelajaran aktif, dan bilik sumber. Kelab pelajar untuk pelajar prasiswazah juga aktif dan sentiasa membantu penglibatan dan penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti di peringkat pusat, fakulti, dan universiti. Saya menggalakkan para pelajar untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam pelbagai peluang, inisiatif dan aktiviti yang dianjurkan oleh pusat, fakulti dan universiti sepanjang pengajian anda di UKM.

Saya berharap sepanjang pengajian anda di UKM, anda akan mengetahui bahawa anda telah membuat keputusan yang tepat untuk belajar di PKBL. Di PKBL anda berpeluang untuk menyertai komuniti pensyarah dan pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang dan bidang kajian. Ini menyediakan ruang yang kondusif dan harmonis untuk pembelajaran. Sepanjang anda berada di sini, anda dapat mengembangkan ilmu, kemahiran dan pengalaman anda untuk menghadapi masa hadapan yang lebih cemerlang. Saya bagi pihak Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik amat berbesar hati menerima anda sebagai pelajar di sini.