Center for Research in Language and Linguistics

 

Kluster Bahasa, Kognisi dan Literasi

Ketua: Prof Dr Siti Hamim Stapa

Kluster ini diwujudkan dengan tujuan untuk memperkasakan penyelidikan dalam dua bidang iaitu pemerolehan dan pembelajaran bahasa. Dua bidang ini memerlukan penyelidikan keterhadapan yang merangkumi aspek kognisi manusia dan komunikasi sejagat. Sehubungan itu, kumpulan Bahasa & Kognisi ini diwujudkan khusus untuk mendalami persoalan-persoalan bercorak teoretikal dan praktikal yang timbul pada titik pertemuan antara bahasa dan sistem-sistem kognitif yang lain. Ini bagi memahami aspek-aspek dan proses-proses kognitif yang mendasari bahasa, terutamanya dalam konteks bahasa dan budaya yang pelbagai, melalui kajian rentas bahasa dan rentas budaya. Manakala, kumpulan Literasi Multimodal bertumpu kepada penghasilan teks yang merupakan elemen utama dalam kehidupan insan yang merentasi budaya dan masyarakat. Penyelidikan meliputi pelbagai bentuk komunikasi sama ada lisan atau tulisan, imej visual, gerak isyarat, postur, pergerakan dan bunyi.

Keunggulan Penyelidikan

Bahasa & Kognisi

  1. Terjemahan merupakan satu bidang yang mempunyai potensi yang sangat memberangsangkan. Namun bidang ini masih belum mendapat sambutan serius. Salah satu subbidang yang terkini yang boleh dijadikan fokus kumpulan ini ialah terjemahan pelancongan. Dalam mencapai keunggulan penyelidikan, sebuah buku pertama yang bertajuk ‘Translation and Tourism: Strategies for Effective Cross-Cultural Promotion” yang diterbitkan oleh Springer pada tahun 2019.
  2. Literasi Multimodal

    Green ROSE bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan asas kanak-kanak tentang isu alam sekitar masa kini, khususnya berhubung dengan masalah perubahan iklim dan pemanasan bumi. Berpandukan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi melalui program ini, kanak-kanak didorong supaya peka kepada pemeliharaan alam sekitar di sekolah dan di rumah. Dalam masa yang sama mereka turut digalak menyuarakan pandangan, pendapat dan cadangan mereka yang mampu membawa perubahan kepada cara hidup lestari yang mengutama dan menilaikan pemeliharaan alam sekitar.
  1. Program Memperkasakan Wanita Golongan B40

Penyelidikan yang memperkasakan golongan wanita B40 adalah seperti berikut:

  1. Kursus Asas Perniagaan Atas Talian
  2. Pembangunan Netpreneur Usahawan Wanita B40
  3. Memperkasa B40 Melalui Aplikasi Teknologi 4IR
  4. Gender and Labour Market in Malaysia.

Sumbangan Green ROSE

Dalam pada itu, antara 2010 sehingga kini program GREEN ROSE telah dijalankan di 100 sekolah rendah kebangsaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak; dengan lebih kurang 1670 para peserta, yang termasuk 1450 murid-murid berumur antara 10-11 tahun, dan 220 fasilitator yang terdiri daripada 100 guru sekolah rendah, 100 sukarelawan dari UKM, serta 20 sukarelawan dari rakan industri. Ia telah berjaya meningkatan kesedaran, pengetahun, dan komitmen mereka untuk mengubah cara hidup bagi mengurangkan jejak karbon harian dalam menangani isu perubahan iklim dan pemanasan bumi bagi menjamin masa depan yang lestari.

Sumbangan Program Memperkasakan Wanita Golongan B40  

The program and research conducted, successfully trained more than 2000 women in Netpreneur (online business) within 2 years. The programs also help to develop leadership skills for women at grassroots level. This has helped women in b40 to increase their income level and manage post covid crisis.

Our future project is to collaborate with Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor, and Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) in Netpreneur and leadership programs.

Makmal Penyelidikan: Eye-tracking Laboratory

Jaringan Penyelidikan (Dalam UKM)

  1. 1. Fakulti Pendidikan (STEM)
  2. 2. Fakulti Sains Teknologi
  3. 3. CITRA
  4. 4. Pusat Kajian SEEDS (FSSK)
  5. 5. Pusat Kajian MENTION (FSSK)
  6. 6. UCTC UKM
  7. 7. Fakulti Pendidikan
  8. 8. PsiTRA FSSK
  9. 9. KITA
  10. 10. Faculty Health Sciences
  11. 11. Fakulti Pengajian Islam (Penerbitan & Penyelidikan)

Jaringan Penyelidikan Luar UKM (Dalam Malaysia)

  1. Perbadanan Putrajaya
  2. Universiti Malaysia Pahang
  3. Jurnal Humaniora, Universiti Selangor (Editorial)
  4. Universiti Malaya (External Examiner)
  5. Universiti Petronas (External Examiner)
  6. Ahli Lembaga Pengajian Universiti Malaysia Pahang
  7. Ahli Penasihat Fakulti Bahasa, Kolej Universiti Islam Selangor
  8. SOLAT (USM)
  9. UMS
  10. fUniMap
  11.  UUM
  12. ELTC
  13. SME Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Corp
  14. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
  15. HELP University

Jaringan Luar UKM (luar Malaysia)

  1. 1. Universitas Muhmadiyyah, Purwokerto, Indonesia (Jaringan Penyelidikan Luar Negara)
  2. 2. University of Aberdeen
  3. 3. Cambridge English Assessment (UK)
  4. 4. University of Reading (UK)
  5. 5. World Bank Group
  6. 6. Alauddin State Islamic, University of Makassar, Indonesia
  7. 7. King Sejong Institute
  8. 8. University of Southeastern Philipine.
  9. 9. University of Hawaii, Hilo
  10. 10. Western Sydney Uniersity
  11. 11. Southern Cross University
  12. 12. Monash University, Melbourne.
  13. 13. The University of Manchester
  14. 14. The Hong Kong Polythechnic University
  15. 15. Freie Universitat Berlin
  16. 16. University of Sheffield International, Greece
  17. 17. Universitas Sebelas Maret, Indonesia.
  18. 18. Universitas Jenderal Sudirman
  19. 19. Universitas Padang.

Pelan & Strategi

  • Bergabung dengan kumpulan Bilingualism dan Multilingualism IIUM. Hubungan jaringan telah pun dibina antara kumpulan tersebut dengan LCRG sebelum ini.
  • Bergabung dengan kumpulan multiliteracies dari University of Reading, UK.
  • Berkolaborasi dengan:
  • 1.  Kementerian Wanita pembangunan keluarga dan masyarakat
  • 2. Kementerian Belia dan Sukan 
  • 3. Kementerian Pembangunan Keusahawanan 
  • 4. Kerajaan negeri Selangor 
  • 5. Kerajaan negeri Johor
  • 6. Kerajaan negeri Trengganu