Sila hubungi: +603 89214641

Mengenai PADU

PROGRAM KESEPADUAN SOSIAL NEGARA

Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Prof. Ulung Datuk Dr.Shamsul Amri Baharuddin serta rakan-rakan telah berjaya mendapat dana dari Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Geran Jangka Panjang Bottom-up LRGS “Program Kesepaduan Sosial Negara” bagi tempoh 3 tahun bermula bulan Januari tahun 2012.

OBJEKTIF PROGRAM

Untuk meneliti dan membina kefahaman mengenai ’kesepaduan sosial’ melalui setiap cabaran yang telah dipilih untuk dikaji berdasarkan signifikannya kepada masyarakat Malaysia, dengan bertujuan untuk mencari penyelesaian melalui outcome yang berguna, dalam bidang pendidikan (seperti 1R sebagai model penyatuan yang diikat oleh pelajaran sastera), governans (dengan melihat implikasi amalan federalisme terhadap sektor awam, swasta dan komuniti), pola prilaku hubungan etnik (dari sudut kegiatan di tempat kerja, dalam masyarakat pinggiran dan dalam suatu kerangka proses pemantauan berterusan yang berkesan) dan politik dan agama (khususnya melihat punca dan ketahanan wasatiyyah dan cabarannya dalam bentuk prejudis dan stereotaip), untuk menyumbang kepada pembentukan dasar dan selainnya, demi kelangsungan social sustainability Malaysia dan sebagai petunjuk contoh pada negara lain.

Maka rasional Program ini jelas, tuntas, signifikan dan ternyata original. Berikut merupakan senarai outcome yang dijangkakan akan dapat dicapai di bawah payung Program Kesepaduan Sosial Negara yang diterajui oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Ketua Program, iaitu Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin serta rakan-rakan.

1. Teori/Konsep Kesepaduan Sosial melalui Pendidikan

2. Governans untuk Kesepaduan Sosial

3. Mengenal pasti pola prilaku hubungan etnik

4. Politik dan Agama dalam Kesepaduan Sosial

Seperti yang disebutkan dalam bahagian objektif program ini, dalam usaha meneliti dan membina kefahaman mengenai ‘kesepaduan sosial’, projek-projek di bawah program ini mempunyai hubungkait yang sangat rapat dan berkaitan antara satu sama lain. Projek 1 memberi fokus dalam bidang pendidikan (seperti 1R sebagai model penyatuan yang diikat oleh pelajaran sastera). Projek 2 pula memberi fokus kepada governans (dengan melihat implikasi amalan federalisme terhadap sektor awam, swasta dan komuniti) Projek 3 melihat pola prilaku hubungan etnik (dari sudut kegiatan di tempat kerja, dalam masyarakat pinggiran dan dalam suatu kerangka proses pemantauan berterusan yang berkesan) dan Projek 4 menyelidiki bidang politik dan agama (khususnya melihat punca dan ketahanan wasatiyah dan cabarannya dalam bentuk prejudis dan stereotaip). Keempat-empat projek ini menjadi tiang penting kepada program ini dan saling lengkap melengkapi kerana tanpa memahami satu daripadanya kita akan menghadapi masalah dalam usaha program ini untuk membina kefahaman yang mendalam agar kita dapat memantapkan dan memperkukuhkan kesepaduan sosial sedia ada dan yang lebih penting untuk menjaga ketahanan (resilient) kesepaduan sosial dalam masyarakat Malaysia. Disinilah kita melihat wujudnya kesinambungan, saling melengkapi dan sebahagiannya tindan lapis yang tidak dapat dielakkan di antara projek-projek ini yang bukan hanya membuatnya berhubung kait malah tersulam dalam satu kesatuan akademik.

IMPAK

Kesepaduan sosial difahami dan diterima sebagai teras dalam pembangunan negara

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

  • kesepaduan sosial
  • definisi kesepaduan sosial
  • padu kpm